Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Wednesday, September 8, 2010

30::about 'princess'::



  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sbb tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

  4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, hatinya akan cair.

  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tdk tahu macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sbb ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

  8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri drpd kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

  10. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.

  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberi respon +ve, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik shj ganggang diletak dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10 minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

  15. Jika seorang wanita memberi 1001 alasan setiap kali kamu ajak dia keluar, tinggalkan dia sbb dia memang tak berminat dengan kamu.

  16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

  17. Jangan sesekali menganggak apa yang dirasakannya. Tanya die sendiri!!

  18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajin menyelak buku-buku cinta.

  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

  22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak 'tackle' kawan mereka yang paling cantik.

  25. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

  26. Senjata wanita adalah air mata.

  27. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

  28. Wanita mudah jatuh hati kepada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

  29. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

  30. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur, dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

    Panjang sungguh post kali ni..:p
    Kesimpulannya, apa pun yang dilakukan biarlah ikhlas dan menjaga batasan-batasannya..k..