Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Wednesday, August 12, 2015

Gajet Baru Lagiiiii...

Assalammualaikum...

tadaaaaa.. ni la gajet terbaru kite...
 
Nampak..terus letak gambar.. xtau nak buat 'pendahuluan' camne..hihi.. Ni mesin jahit portable.. so boleh jahit yang biasa2 je..tp rasanya baju kurung lepas ni.. Dah lama nak mesin jahit walaupun... tak pandai menjahit..padahal mak memang sorang tukang jahit..huhu.. so ni kiranya permulaan la.. hopefully berterusan..huhu..
 
Macam biasa kalau nak beli sesuatu mesti buat research dulu..meng'google' la apalagi.. nak tahu mesin jahit portable yang mana yang elok.. so kebanyakannya memang menggunakan jenama 'Global' ni.. salah satu kelebihan yang ada pada jenama ni adalah 'warranty'.. kebanyakan mesin jahit portable yang lain tak ada warranty..yg ni ada warranty 1 tahun.. 
 
Sebenarnya ni hadiah birthday kite..mr hubby bayarkan tapi yang order kite..biasa la bini dia ni kalau bab beli online memang terer..hihi.. survey gak kat pasaraya dan yang ada jual kat Tesco sahaja.. kalau kat Ipoh ni Tesco st18.. 1 hari round 4 pasaraya kat Ipoh ni nak cari mesin jahit ni..sebab rasanya pernah Nampak jual cuma tak ingat kat mana..tapi time tu macam 'nanti la..' kan... tapi kat Tesco jual dalam RM2xx agak mahal sebab nak hampir  RM300 rasanya so tak jadi beli kat Tesco sebabnya dah google ada yang dapat harga RM18x kat lazada.. jauh kut bezanya.. so next sy cr kat lazada tp malangnya sold out lak.. kecewa..disebabkan keinginan tu membuak2 tahap tak tahan tu kan so try cari kat online shop lain.. lastly jumpa kat ensogo harga RM199 all in.. apa lagi terus wa mr hubby n terus bg green light..sepantas kilat sy order.. actually ni 1st time beli kat ensogo.. Alhamdulillah isnin lps sampai.. ikutkan delivery amik masa 7-14 hari.. seminggu lebih gak la tunggu.. Lepas dah setel order cam biasa kalau ada kelapangan tu memang suka sangat window online shopping ni.. masuk la lazada..tuptup ada mesin jahit ni..harga RM189 camtu kut..kira murah sikit la..adehhh..xpa la dh order kat ensogo kan..
 
Tahak kualiti mesin ni tak dapat nak cerita lagi skrg sebab tak test lagi..bawa blk pun belum sbb hr ni baru ada kat ofis..nnt kite try ek..klu rajin kite cite kat cni...klu rajin la ek..hihi..
 
ok bye...
 
 

Thursday, July 30, 2015

Hari Raya Ofis Pulak..

Assalammualaikum..

ok next nak cerita hari raya kat ofis semalam.. Dengan pentadbiran baru ni maka suasana pun ada kelainan.. tahun ni ada konsep gerai di mana setiap seksyen perlu sediakan juadah masing2.. so seksyen saya sediakan laksa piorrr dengan tiramisu cik bunga.. sape cik bunga tu..haa.. sy la.. hihi.. tetiba malam tu terfikir nak letak cik bunga sebab ptg tu sibuk duk buat bunga dr kertas tisu sbb nk hias gerai kan..petang selasa pas blk keje terus buat tiramisu kastard tu.. jenuh la nk makan semua juadah semalam.. macam2 ada.. tomyam gerudi, rojak buah, cendol, yong tau fu, dessert, lemang n rendang, nasi hujan panas yg sy x makan langsung sbb dh full tank, bihun sup sedap, kuih talam, buah2an, n bukan setakat kuah durian, buah durian pun ada.. fuhhh.. memang tak termakan la semuanya sekali.. yg tak makan lagi tapau bawa balik..hihi.. memang berlebih semuanya.. bila dh tapau licinnnn.. Alhamdulillah..

GMP's wefie.. thn ni xmo lebih2..takut tragedy tahun lpas berulang iaitu sy accident blk dr keje which is hr tu ada jamuan raya di ofis.. Alhamdulillah xde apa2 yg berlaku..huhu.. skrg drive pun dh ok cuma kat simpang tu je ada nervous sikit..
ni antara gerai yang ada.. yg tengah tu gerai aiskrim dpt no 2 n gambar kanan atas tempat pertama.. tapi memang meriah tahun ni.. tetamu jemputan pun ramai yang datang..
ni gerai kami..walaupun x menang tp puas hati sebab ada effort..4 ketui tu la antara org belakang tabir.. ate mana nak menang orang lain konsep raya kami konsep garden+sport day..haha..xpe la..yang penting makanan sedap n habis..

GMP's raya berempat.. kebetulan 3 orang biru semalam.. tapi ada kelainan sebab ada baby dlm perut mak wan..=)
kami kalau tak posing bukan kami le tu..hihi

Cerita Hari Raya

Assalammualaikum..

Selamat hari raya lagi..orang lain dah post sampai 4, 5 Syawal kite baru nk post pasal raya..hihi.. tuan Tanah xde mood nak cite sebenornya.. raya cam biasa je..tak da yang spesel pun.. saya x buat open house pun..tp bukan bermaksud tak bagi orang datang.. dak aihh..mai la..kabo je nak dtg bila.. awok masak..ok.. pintu rumah sentiasa bersedia untuk dibuka..yg penting kalau boleh bagitau dulu na.hihi..

raya thn ni mak su happy sebab one of ank sedara ckp "pak su bertuah dapat mak su" kenapa.. "sebab maksu comeiii".. ok jgn ada yg muntah hijo ek..

mak n abah..kite wefie sikit..haha
 
raya thn ni masih berdua.. xpe..kan dh biasa..huhu...still kena senyum...
syawal ni juga birthday sy..thn lepas dlm bulan puasa.. terima kasih mak n abah sebab menjaga sy dr sebelum lahir smpai skrg.. mmg tak terbalas tetapi akan cuba yang terbaik.. sy ni lahir ikut tingkap..huhu.. so skrg nmpk tak sy ikut sape.. hihi..

aktiviti biasa di pagi syawal..beratur2..hihi
ok smpai sini je la..nk sambung cite raya kat ofis lak... 

Tuesday, July 14, 2015

Salam Syawal 1436H dengan konsep "tadah telinga murahkan senyuman"

Assalammualaikum..

Alhamdulillah dapat lagi merasa ramadhan tahun ni.. Inshaa Allah smpai penghujung nanti.. Lama x menulis blog ni atas faktor ke'bz'an dan kemalasan..huhu.. Tak lama lagi nak raya dah.. Mood hari ni nak dengar lagu raya je sebab esk dh start cuti raya..yeayyy.. Macam nk blk kampong jauh ek.. padahal kampong dalam Ipoh je.. hihi.. Cuti awal nak kemas rumah n nk buat biskut cornflakes yang tak siap lagi tu..huuu..
 
Raya 2015 masih lagi berdua.. Tiada perkembangan.. masih sama.. berat pun tak nak naik.. huu.. so ramadhan n raya thn ni masih sama.. persiapan pun biasa2 je.. menu berbuka pun biasa2 je.. macam makan malam selalu.. kadang2 buat cucur je..masak ringkas2 je.. dan juga ke param (pasar ramadhan)..=p
 
Buat ttc macam mn nak menghadapi raya tahun ni..dah bersedia ke dengan soalan bonus tiap2 tahun kuar.. kira soalan bocor la..hihi.. so pada saya tadah je telinga murahkan dengan senyuman.. Ada yang share kalau org tanya psl soalan bonus tu, tanya kat dia balik 'agak2 awak bila nk mati?'.. Tapi sanggup ke nak ckp cenggitu.. lepas dlm hati je la..kat luar senyum je la.. biar apa yang kuar dari mulut kita tidak menyakitkan hati org lain.. so kita dapat markah bonus kan...haa.. tu tips die nak dpt markah bonus ek..hihi.. Tapi soalan2 mcm ni la yang kadang2 buat sy malas nak kuar rmh.. jumpa sedara, kengkawan.. tp smpai bila nk camni kan.. so kena kuatkan hati.. Tapi bukan TTCian je.. ramai lagi kat luar sana yang kena soalan bocor yang lain.. Cara nak ubatkan hati yang terluka dek soalan tersebut adlh dengan tingkatkn lagi kesyukuran kita atas rezeki yang kita dah dapat sebelum ni.. Apa pun moga TTCian semua dicekalkan hati n moga ada rezeki untuk kita nanti..
 
ok la.. selamat hari raya aidilfitri semua.. semoga ramadhan kali ni menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik.. Minta maaf jika ada tersalah bahasa, tersalah kata, tersalah faham ayat2 di blog saya ni.. Ok jumpa lagi next post maybe tentang raya..(kalau ada)..hihi..
 
sumber: imuslimshop

Wednesday, May 6, 2015

::Daulat Tuanku::

Assalammualaikum..

Hari ini 6 Mei 2015 dalam sejarah khusus kepada negeri Perak dengan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke-35 iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.. Sebagai rakyat Perak rasa berbangga kerana mempunyai sultan yang berjiwa rakyat, sangat berpengetahuan dan bersederhana dalam segala hal yg sepatut dicontohi oleh setiap pemimpin dalam negara kita..=) 

DYMM Raja Permaisuri Perak Tengku Zara Salim juga sangatlah cantik.. Putera puteri sultan perak pun sangatlah comel.. Tonton di tv3 pg td mereka menggelarkan sultan kami as "handsome couple".. Sama segak sama cantik gitewww...hihi..

Ok tu je nk cite buat peringatan sendiri.. Daaa...

Friday, April 10, 2015

sakitnya tuh di sini...

Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku... haa.. bukan nk nyanyi tapi lirik ni memang sesuai sangat la.. sakit rasanya hati ni bagai dicarik2.. Luahkan kat blog je la lagi pun bukan rmai yang baca pun ntah2 xde..hihi...
 
sumber gambar: mr google
 
Sebenarnya sakit hati sebab situasi di tempat kerja..kenapa perlu membeza-bezakan antara pekerja.. Masalahnya bukan membezakan individu tetapi secara keseluruhan.. fuhh.. Tempat kerja sy sekarang memang telah dibahagikan mengikut bahagian masing2. Katakan kami dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C.. Katakan sy sekarang di bahagian C.. Bahagian kami, C memang kekurangan kakitangan so kami memang membantu seksyen lain untuk selesaikan kerja yang memang ada time frame die.. Apa yang saya terasa hati dan mempertikaikan juga apabila terdapat kata-kata dari orang atasan yang mengatakan mereka yang bekerja di bahagian A dan B tidak boleh ditukarkan ke bahagian kami C kerana mereka SANGAT EXCELLENT.. SO maksudnya kami yang duduk di bahagian C semua yang tak pandai keje la.. sakit sangat hati bila seorang yang berpangkat tinggi boleh mengeluarkan statement macam tu.. secara tidak langsung motivasi saya untuk kerja memang drop.. dan itu adalah statement ke-2 dari pegawai yang sama.. Statement pertama tu dh hilang dh rasa sakit tu tapi parutnya still ada.. ni dengar statement kali kedua lak rasa macam dh kritikal dh ni..
 
Ntah la sekarang ni saya tengok memang susah nak jumpa leader yang BETUL2 LEADER.. kebanyakan 'ketua' yang ada banyak menggunakan konsep 'boss' daripada 'leader'.
 
http://visual.ly/difference-between-boss-and-leader
sumber: sila klik pada gambar
 
k tu je nak luah..k bye..
 
T_T

Wednesday, April 1, 2015

Personalised Photobook murah by Groupon with Iphotobook

Assalammualaikum n salam GST..

Hari ni 1 April 2015 memberi sejarah baru dengan implementation of GST.. tp bukan tu sy nak cerita.. Nak habaq mai pasai photobook ni.. Rentetan dari gambar outdoor konvo USM hari tu memang dah berhajat nak buat photobook je.. mula2 ingt nk upah orang je.. kerja senang kan.. tapi lepas dh tau cara die saya buat sendiri je la.. So caranya camni:-
 
  • Rajinkan diri meng'google' deals kat Groupon ke, ensogo ke, qoo10 ke.. Ni untuk dapat harga yang murah la..
Saya beli deals kat Groupon untuk hardcover photo book (8"x11"/ 40 pages) dengan harga RM35.00 (postage RM10 bayar pada supplier semasa order kemudian). Kira murah la harga tu.. Harga biasa dalam RM1++ camtu.. kat deals pun korang boleh pilih n banding deals mana yang paling murah. yang saya punya ni saya buat kat Iphotobook..
 
So lepas dah beli deals kat Groupon korang boleh install software untuk buat photobook dekat Iphotobook atau secara ringkasnya korang ikut je method yang diorang dah bagi masa beli deals tu.. hihi..
 
masa dapat.. tak sangka cepat gak proses lepas hantar order..
 
  • Lepas dh download software bolehlah korang personalized album korang..ikut le nak susun camne..nak buh ayat apa.. dh siap hntr order..
cover depan..
 
  • Nampak senang tapi nak menyusun gambar bagi cantik n kemas tu yang amik masa..
 
  • Jangan lupa, deals ni ada tempoh tau.. make sure korang hantar order mengikut tempoh yang ditetapkan.. Saya hari tu dah terlepas satu deals photobook jugak tapi free..huhu..bz sgt koje smpai terlepas tempoh deals..rugi2..huhu..
ni cover belakang photobook..
Sempena gst, kenaikan harga barang semua ni, kite kena pandai memilih yang murah n berkualiti..=) Kuasa membeli di tangan anda..hihihi...
 
ok bye!!
 
 

Tuesday, March 31, 2015

Misi Mencari Cinta..Ehh Mixer..Selesai!!!

Assalammualaikum..

Setelah sekian lama menyimpan hasrat membeli mixer akhirnya tercapai juga hari ni 31.03.2015.Matlamat asal nk beli stand mixer yang heavy duty yang watt tinggi la..kira nak buat roti guna mixer sonang.. Tapi setelah mengambil kira beberapa kriteria akhirnya keputusan muktamad beli yang biasa2 je tapi xde la yang watt rendah sgt.. Antara kriteria semestinya bajet la..hihi..
 
Sebelum nak membeli mixer ni try juga buat research nk tau jenama apa yang ok untuk mixer. Tapi tak banyak review yang ada.. yang banyak semua pasal 'kitchenaid'.. huhu.. Rasanya hampir semua yang minat baking ni memang nak kitchenaid kan.. sbb kaler die tu.. Tapi apa kan daya..lebih bajet kut.. yang hutang bayar bulan2 ada..tapi sekarang sy lebih suka konsep cash atau 'tanpa hutang'.. Biar beli yang ada kualiti, mengikut kemampuan, tahan lama dengan tunai.. so kepala dh tak fikir banyak pasal hutang..=)
 
Selepas dh lama mencari jenama yang nak beli akhirnya terbaca kat satu blog kat sini.. dari blog sini la sy ambil keputusan nak beli mixer jenama kenwood..
 
"Saya selalu advice student cari mixer yang o.k sket. Seperti mana yang selalu saya kata - ``saya ni bukanlah jurujual Kenwood atau saya dapat komisyen daripada syarikat Kenwood, tapi saya sangat-sangatlah menggalakkan u all semua beli mixer Kenwood...''hehehhe. Kalau tak mampu beli yang set tu, beli jer yang handmixer tu. Rasanya rega dalam RM100 lebih kot. Jangan beli yang made in China. Tak tahan lama. Ok, byeeee...."
 
 
Terima kasih kat owner blog bzee bakery untuk post tersebut..at least membantu gak la.. Tapi sy tak try lagi mixer..dalam kotak lagi tu..siap bau kedai lagi..rumah pun x sampai lagi..hihi.. InshaaAllah harap2 ok.. Lagi pun jenama Kenwood dah biasa dengar kan..promoter seng heng tu pun cakap bagus.. haa..sy beli mixer ni kat seng heng.. lepas dah tau nak beli mixer mana research lak kat mana ada jual mixer Kenwood.. Jumpa la kat web seng heng.. Tengok gambar dh tertarik pastu tgk ciri2 die kira memang dah jatuh hati la.. Tapi hari ahad sebelum ni dh gi Aeon sebab rasanya pernah Nampak mixer ni kat Aeon.. Tambah lak hari ahad tu ada Aeon privilege member card.. shopping RM100 dapat voucher RM5.. Tapi harga kat Aeon RM399.00 and xde diskaun dan... last stok yang display tu je yang macam dh tak bape sempurna.. maka tak jadi la beli kat Aeon n melepas voucher 20 hinggit.. hihi.. tapi beli kat seng heng ada diskaun gak sebab member.. =)
 
tadaaaa..ni la mixer kite..

  • Kenwood HM680
  • RM369.00 + RM19 (Tambah warranty--> jadi 2 tahun di Seng Heng)
  • 350watt
  • bowl capacity 3L

Memang target at least nak beli mixer 350watt.. kalau nak bisnes kecik2 ok lagi la.. kalau berjaya bisnes ni n bertambah rezekinya bolehlah beli yang 900watt tu nanti.. buat permulaan ni beli yang biasa2 je.. asalkan lepas nak buat meringue..hihi..
 
InshaaAllah lepas dh guna nanti sy buat review.. itu pun kalau ada kelapangan la ye..hihi..
 
o.k.. sekian...oppss.. nak ucap 'SELAMAT MENYAMBUT GST' esok..hihi.. n memang target nak beli mixer sebelum gst.. sebab tak tau naik harga ke tak..huhu.. untuk sambut GST ni kena jadi pengguna n pembeli bijak dengan.......memilih/ membeli dengan penjual yang jujur.. Camne nak tau jujur ke tak.. kena ada ilmu sikit la.. kena tau barang apa yang naik barang apa yang sepatut turun.. ok.. byeeee... #taknakkomenbanyak2..=)

Tuesday, March 24, 2015

ke Hatyai kite..

Assalammualaikum..

Nak cerita pasal gi hatyai hari tu.. cadangan asal konon nk buat tips gi hatyai la..tapi macam x boleh bagi tips sangat kut sebab tak ingat nama tempat..huhu.. Plan gi hatyai dari tahun lepas ikut rombongan orang2 finisar di mana ketua rombongan tu k.zura kawan sesame usm.. sy ngan mr hubby join je deme.. plan asal dengan muni skali tapi last minit muni tak sihat n nasib baik tak ikut ktorg pun sbb opah die meninggal sabtu tu.. semoga opah muni ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. amin..
 
Ktorg naik 1 bas.. bergerak hari jumaat 11.40 malam camtu.. so kiranya tido dlm bas la.. memang xde la tido sgt..tido2 ayam camtu la.. sampai kat bukit kayu hitam lebih kurang 5.40 pagi..fuhh bayangkan 6 jam duk dlm bas.. pagi tu berhenti kat masjid bukit kayu hitam untuk solat, mandi semua la..pastu bergerak ke border.. dah setel semua urusan passport ktorang terus bergerak ke hatyai.. time ni dh lapo sebenarnya.. deme kata mkn kat hatyai lg sodap..kat danok tu x byk pilihan.. kata deme le..aye pestime pegi memang tak tau la kan.. so ikut je..nsb ada bekal roti ngan kopok.. so perjalanan ke hatyai dari danok lebih kurang 30min++ camtu..time ni boleh tido lagi la..hihi..so 1st cari tempat makan dulu..ktorang dibawa ke 'kampung melayu'.. kat sini banyak pilihan untuk makanan berlauk  n banyak kedai makan islam.. Terus makan nasi.. tapiiii...pedassssssssssss giler..huhu.. air pula manissssssss giler..huhu... sabo je le..
 
Perut dh kenyang baru boleh jalan.. ktorang ada tour guide so die la yg bawa ktorang jenjalan sepanjang 2 hari 1 malam kat hatyai ni.. Next destination pegi pantai songkla.. makan aiskrim kelapa, amik gambar kat kepala naga n jalan tepi pantai..kat pantai songkla ni ada kuda kalau korang nak naik.. sorry harga tak ingat.. ktorang bergambar ngan duyung yg seksi iteww di tengah panas..huhu..
 

Ni le kepala naga..
 
 
Tips #1: untuk membeli souvenirs cam keychain ke korang boleh beli kat pantai songkla ni.. so bab souvenirs setel...

 
Tips #2: Kalau nak makan aiskrim kelapa yang org islam juai n lebih yakin kat area pantai ni boleh beli kat pondok polis.. dekat dengan roundabout.. harga RM3.50 atau 35baht.. dah naik harga dulu tour guide tu kata 3 hengget je...
 
ni la aiskrim kelapa..rasa..biasa2 je..ada roti, kacang pastu apa ntah yg oren tu, isi kelapa ngan pulut..
ni le roundabout tu..kalo nk beli aiskrim kelapa yg halal..
beli 'kusyen' untuk deme..=)
opps..cekci sikit..haha
 
Dah makan, dh bergambo, dah beli souvenirs, next ktorang pegi tengok gajah.. memula tour guide tu bawa kat cable car kut boleh tengok monyet..tp ktorg sume taknak.. setakat tengok monyet kat Malaysia pun ada..hihi.. so gi la tempat gajah tu..tak ingat nama tempatnya.. boleh naik gajah atau amik gambar dengan gajah atau bagi gajah makan.. mula2 sy n mr hubby ingat nak naik gajah.. ye la pestime kan.. tapi tak jadi la bila harga nak naik tu 500baht/sorang... so ktorg decide amik gambor je la.. baru 200baht je..ok la.. tapi takut gak sebenarnya..sekali die hempap tak pun die kibas je telinga die mahu jatuh gak tu..huhu..tp beranikan diri gak la..sebab dh bayo.. tapi kena tahan le bau die yg kurang menyenangkan itu..huhu.. kat sini korang boleh la beli gambo yg diorang snap masa memula smpai tu.. 20 hinggit kut atau 200baht..
Nampak..duduk pun mcm x duduk...belalai die tu tajam tau bulu2 die...tatik pelut kite taw..huhu
 
Tips #3: kalau nak bergambar dengan gajah, korang bagi kemera korang kat org ctu atau suruh le sesape tolong amik..pastu korang tak perlu beli dh gambo yang diorang ambil sebab nanti kena bayor lagi..mangkorrr..sume duit..haha..
 
Dah puas dengan gajah, next pegi Ice Dome.. yeayyy.. ke korea kite..eh..haha..x dapat rasa salji korea rasa salji Thailand pun jadi la.. ok tempat ni memang recommended untuk korang pegi.. masuk 30baht/sorang kut.. jaket diorang sediakan..sejuk gile kome.. keluar je terasa kebas2 badan2 ni..tapi ok la...
ke korea kite..eh..Thailand je...jadi la..
 
Tip #4: bawa stoking so korang x perlu beli kat situ..kalau nak beli 20baht atau 2 hengget..duit lagi..baik korang jimat bawa sendiri.. sy memang dh prepare dr awal bawa stoking sy n mr hubby sbb tau sejuk.. sejuk aircond biasa kat opis pun x tahan ini kan kat ice dome ni..
 
sejuk kome..nak ckp pun xleh sgt..senyum tu sbb nk bg regangan otot molot..haha..
 
Tips #5: Untuk yang membawa anak kecik tolong pakaikan baju yang tebal ckit.. kesian kat diorang sebab takut tak tahan.. sebab ada yang sy tgok hr tu ada sorang budak sampai nangis bile dh keluar dr ice dome tu.. sbb badan akan rasa kebas2.. sy yang 'dewasa' ni pun terasa ni kan bebudak kan...
 
panaskan badan kat luar
dengan ketua rombongan k.zura..hihi
 
Next pegi floating market.. floating market buka pkul 4 sampai 10 mlm kalau weekend.. hari biasa sampai kul 7 rasanya.. kat cni makan le n boleh shopping juga..
 

haa..ni antara yg korang kena beli la sebagai kenangan kan.. beli air dlm bekas yg dibuat drpd tnh liat atau dlm buluh.. bekas tu korang boleh bawa balik..ada hello kitty, doraemon, ultraman...
 
xtau nak mkn apa...
 
Next destination...ke hotel la kite..huwaaa.. time ni memang sume dh berminyak bagai.. so ktorang duk kat le garden (spelling xtau betui ke dak) tapi tu le bunyinye.. untuk tido semalam ok la.. tapi deme kat cni memang tak pkai paip kut..ada kesukaran ckit di situ..hihi..
 
Malam pulak ktorang pegi pasar malam.. xtau nama..sorry.. tapi yang besar n yg baru kut.. naik tut2.. dapat gak merasa naik.. 20baht sorang.. tp ktorang  x jumpa sesape pun kat cni yg satu rombongan tu.. so next ktorang pegi pasar mlm kat le garden plaza.. yg ni yg lama kut.. kat cni ktorang cari makan.. pilihan mkanan memang byk gak.. durian deme beso2.. kat psr malam ni korang boleh la shoping baju, jersi ke, beg ke..ktorang??? xde shopping apa2..haha..sebab xtau nak beli apa..boleh camtu.. tetiba jadi bukan kaki shoping lak..balik hotel tido...kaki penat oiii..berjalan satu hari..
 
ni keadaan psr mlm..besar weii..ni baru satu bahagian..byk lagi bahagian..

 
abg lan yg bj htam tu jadi tour guide ktorg tuk mlm ni..=)
murah je deme juai kucing ni..bape puluh ntah..x ingat..kalau kat msia mahu ribu riban ni.. nsb la xleh bw kuar ek..hihi
 
 
Pagi esoknya..pepagi lagi dah gerak gi pasar..haa..masa yang ditunggu2 untuk shoping sebenarnya.. ktorang gerak kul 8 pg m'sia..kiranya kul 7 pagi Thailand la.. datang Thailand kite jadi muda sejam..hihi.. 1st semesti nya cari kedai makan.. lokasi kat atas pasar ada tempat makan mcam food court la..tp diorg bukak kul 8 pg Thailand sebenarnya.. kiranya kul 9 pg kite la..time ktorang sampai tu mmg diorg tak buka lagi..tengah siap2 barang je..tp ada gak la kedai yang menerima ktorang.. pepagi dh makan nasi dengan sup daging..ok la.. tapi memang manis airnya.. harga makan kat cni pada sy mahal jugak la..ktorang mkan berdua dalam belas2 ringgit.. mayb sebab diorg tgk kita ni pelancong kut..ntah le.. lepas makan apa lagi..shopping.. sy shopping beg je..huhu..dlm kepala mcm byk nk beli tp bile dh smpai mcm xtau nak beli apa..
 
atas pasar ni la tempat makan..tp ada 2 side..sebelah kiri sy (xde dlm gmbr) tmpt mkn halal..yg belah kanan yg dlm gmbr tu x halal.. so senang kan...
 
Tips #6: harga kena tawar.. tips dr k.zura, kalau betul2 nak beli barang tu mula2 tawar separuh harga dr harga yg diorng letak pastu baru naik ckit2..

 
ni di luar pasar..byk jual buah kat cni..murah2..boleh la beli sikit2 tuk mkn kan..bukan untuk juai..ktorg x beli sbb slh info..huhu..

 
gambaran dari atas tempat untuk shoping.. kalau nak shopping beg kat belah belakang tu tau.. yg mn x mementingkan brand blh shopping sini ek..sy..tgk kualiti..=)
teringat beg merah..huhu.. actually ktorang bajet gak la nk sopin ni.. memang bile convert ke ringgit nampak murah..tapi jumlah baht yg kite pegang tu xde la byk sgt.. salah satu factor mayb sebab nilai ringgit kite jatuh.. huhu.. nk convert dr duit bath ke ringgit korang tolak satu kosong dari duit bath tu.. contohya 20bath maksudnya lebih kurang RM2 la..
 
naik tut2..baru balik pasar..
So dh habis shoping n nyesal x hbs psl beg merah tu ktorang blk hotel siap2 beg kul 12tgh hr checkout.. pastu terus ke kilang gajus..kat cni beli kekacang n kudap2 untuk org2 msia..hihi.. korang boleh rasa kekacang kat cni.. jgn lupa beli megi tomyam..deme kata sedap..aye pun amik gak la try kan.. sorry xde gambo lak.. habis duit kat cni almost 1000baht atau dekat seratus hinggit.. sini terima duit Malaysia..
 

semestinya with babes printed by Naelofar Hijab..senang untuk travel..wahhh promote tau..
Dah beli kacang sume, bertolak balik ke danok.. smpai danok mkan tgh hr dgn sopin lagi..ktorang ada balance 1100 baht lagi..ada masa dlm sejam la kalau nk sopin kat danok..tapi sekali lagi sy xtau nak beli apa..ntah le..tgk baju tak berkenan..tgk kasut tak berkenan..haih.. last tetibe mr hubby ckp tgk helmet..helmet tu yg comel tu..xde gambar gak sorry..pergi danok beli helmet..huhu.. harga 70 hinggit.. klu kat cni ktorang tgk dlm seratus lbh..kira murah le jugak..ok dh hbs jln..blk Malaysia le kite..hihi..
 
Dari segi perbelanjaan 2 hari 1 malam:
 
Harga rombongan: RM170 (hotel,bas, tour guide - makan minum, byr masuk tempat jalan sendiri)
ktorang tukar total 600 hinggit.. tp kalau korang betul2 tujuan nak shopping better lebih lagi.. so pasni kalau nk pegi lagi memang pegi untuk shopping je kut.. trip ni 1st time kan so byk hbs kepada jalan2.. lg satu sy slh bajet..ingat pegi lps gaji..rupanya sebelum gaji..mangkorrr..nsb ada mr hubby..huhu..
 
Dari segi makanan xde masalah sgt untuk cari yg halal n muslim.. cari yang pkai tudung n ada yang tulis 'halal' atau 'muslim'.. kalau duk kat hotel le garden mmg xde mslh.. tempat mkn muslim jalan depan ckit je ada gerai makan muslim..
 
pattai..kut spelling ye..
kuewtiow tomyam..ok la..
tgk udang tu..besor gilerr.. byk benda nk mkan..tp perut kecik..huhu..
so habis cite pasal hatyai.. harap dapat membantu serba sedikit..=)
 
sekian.

Wednesday, March 18, 2015

::Becoming mother of 2::

Assalammualaikum..
 
Semalam Isnin lepas dpt good news.. Sy akan dpt ank yg ke-2..hihi.. Bertambah ank i.. Alhamdulillah.. Actually tahniah untuk my bff ct yg dh hamil 5 bulan.. Nmpk.. 5 bulan br nak bgtau bff die ni..huhu.. Tp x kisah pun sbb sy tau die pendam lama cite ni sbb xtau nk bgtau sy camne.. Sbb die pun sblm ni ttc juga so die tahu perasaan itu..huhu.. Tapi pada saya of course la gembira.. Rezeki kan.. Sy pun dapat tambah lagi sorang anak angkat..hihi..yg ni duk dekat boleh slalu jumpa.. Aleesya maisarah tu jauh duk kolumpo xtau la bila mama ris nk gi tgk.. Smpai dh nk setahun dh die..
 
So untuk mommy to be ct:-
*jaga diri
*semoga dipermudahkan semuanya..
*izinkan ak jd mama angkat die tau..
*tq so much sbb doakan untk ak..
Terharu ok..huhu..
 
'Allah know the best for me'
 
Sekian.

Monday, February 9, 2015

Coretan hari isnin..

Assalammualaikum...

Sementara menunggu dokumen yg tak kunjung tiba ni ambik masa bersih sawang kat blog ni jap..huhu.. Tapi xde apa nak cerita pun.. Bila dah hbs study ni masa skrg tertumpu pada biz naelofar hijab.. Tapi skrg nak cr lagi idea baru.. Disebabkn study dh hbs maka banyak la masa yang terluang n dah tak stress study mcm dulu.. Tp tu la..bila dh byk masa ni byk pula fikir psl ttc ni..hmm.. Hati ni asyik kena pujuk je.. Bukan x redha tapi biasalah sy ni hanya manusia biasa yg kadang2 ada masanya kita akan rasa down..n masa tu la kena pujuk diri ni untk kembali normal.. Semoga ada rezeki untuk saya tahun 2015 ni..

K..dah bersih ckit blog ni..byeee..