Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Monday, October 31, 2011

::FULL of chocolate::

Assalammualaikum & selamat hari isnin..

Kesibukan melanda apabila banyak lagi assignment yang sedang menanti due date masing-masing.. terutama sekali subjek ekonomi yang hanya diberi persoalan dan kita sendiri kena mencari jawapan.. sungguh menguji sebagai pelajar PJJ nih...tapi kebaikannya kita akan lebih faham dari membaca dan menghafal... Ini membuatkan saya nak atau tidak study setiap minggu bukan lagi study before exam..opps...hehe

Jadi kaitannya dengan tajuk 'FULL of chocolate' ni adalah pembelajaran kita akan lebih berkesan jika kita faham tentang apa yang kita belajar seperti coklat yang penuh sifat sehingga boleh manambat hati penggemar coklat.. ehh ada kaitan tak dengan coklat tu..hehe.. tak kisah la yang sebenarnya cite tentang 'FULL of chocalate' ni adalah tentang resepi yang baru dibuat semalam.. ini pun merupakan salah satu terapi bila otak dah penat memikir keluk-keluk ekonomi...Ini cite sebenarnya..hehe

Nama sebenar adalah 'Maltesers Square'. Resepi ni ambil dari blog k.ita yang sangat kreatif dan baik hati dalam berkongsi ilmu masakan.. Disebabkan tergoda dengan gambar yang k.ita post kat blog die tu maka berhasrat la sangat untuk membuatnya walaupun tak pernah makan coklat maltesers.. Bila tengok maltesers masa nak beli tu baru la tau sebab apa saya tak pernah makan...rupenya harganya yang agak mahal..huhu... Tapi sebab nak buat jugak maka beli juge la...lagi pun bukan slalu..:p

Rasanya memang rasa kecoklatan... tu yang FULL of chocolate tu.. rasanya manis sikit pada saya.. Pada saya kalau nak makan ni kena potong kecil dan sediakan plain water untuk meneutralkan balik rasa..hehe.. so sesiapa yang penggemar makan 'kurang manis' boleh la kurangkan kuantiti golden syrup atau madu.

Ok la jom tengok resepi..

Sila abaikan ketidak kemasan ituuuu...

Maltesers Square

Sumber blog: Masam Manis (k.ita)

Bahan-bahan:
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan -saya guna madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ganti dengan biskut marie macam k.ita
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih
50 gm coklat masakan

Cara-cara

1.Kisarkan biskut hingga halus.

2. Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.

3.Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.

4.Matikan api

5.Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.

6.Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu masukkan dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru keluarkan dari peti ais dan terus masukkan - ikut cara k.ita

7.Tuangkan dalam loyang

8. Kak Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan. Saya hias dengan coklat urai n sedikit Maltesers sahaja..jadi la...

9.Potong kecil dan siap untuk di hidangkan..

Hias sikit je ngan Maltesers sebab tak cukup dan coklat urai. Kemalasan nak mengguna coklat untuk hiasan..huhu

Ok selamat mencuba...dadaaaa...

Monday, October 3, 2011

::dating@tempat sejuk:: part 2

Assalammualaikum n selamat hari senayan(isnin)...

Jom terus layan gambar...
hidangan pertama di Cameron Highlands.. Sup ekor...makan panas2 dikala kesejukkan disamping perut yang berkeroncong..
Jom petik strawberry...Kat cni la petik strowberi.. Tempatnye di kg.sedia..Tiba tuk makan strawberrys...with cokelat..
mr. hubby habiskan....
stoberi lagi... makan aiskrim lak...sejuk2 mkn lak eskrem...uihhhh
layan gambar bunga lak...
mr.hubby with butterfly....
@cameron valley..
mendaki ke ladang Boh....penat gak la...tp tak berpeluh sebab sejukkkkkkk....
ni kat Kea Farm..masa ni dah pukul 11.30 pagi camtu la.. tapi cuacanye masih lagi sejukkkk.. nasib nak balik dah...


time for shoppinggggg...:)yeahhhh...dapat munge...tq mr.hubby..:p

ok sampai cni je kali ni....bubyeeee...