Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Wednesday, December 31, 2014

31 DIS 2014 ::4 TAHUN SUDAH::

Assalammualaikum..
 
"Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan sebelumnya.. Semoga dberi ketabahan kepada mereka yang sedang diuji oleh Allah.. Semoga semua urusan menyalurkan bantuan dipermudahkan oleh Allah.." amin..

Itu sahaja bantuan yang semua orang boleh sumbangkan kepada mereka yang diuji..
 
31 Dis..bertemu lagi kita..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang terbaik.. Alhamdulillah juga kerana telah cukup 4 tahun usia perkahwinan with mr hubby.. walaupun masih berdua saya tetap bersyukur kerana itu yang akan meningkatkan tahap redha atas ketentuanNya..


klu annivesarry mesti la letak gambo kawen..hihi
Tiada apa sangat untuk dikongsikan cuma perjalanan saya sepanjang tahun 2014 ini.. Most of time saya tahun ini lebih ditumpukan untuk menamatkan pengajian di USM bagi tahun ke-4.. Alhamdulillah 9 Nov 2014 saya dan rakan PJJ USM batch 2010/2011 yang lain telah dianugerahkan ijazah.. Syukur kerana berjaya juga menghabiskan selama 4 tahun secara PJJ.. Sememangnya bukan senang untuk mencapai kejayaan tersebut kerana belajar secara PJJ ini banyak cabarannya.. Pernah terlintas untuk berhenti di tengah jalan.. Maka emosi perlu dikawal, motivasi diri perlu dipertingkatkan dan semestinya dengan ketentuan dr Allah... Sehingga kini masih teringat moments ketika konvo.. puas hati sebab itu antara salah satu tujuannya..hihi..

before konvo..
After 4 years...

 
moment nk lompat..melompat lebih tinggi... tp kesian kat org belakang..hihi..=)
 

Saya kongsikan antara yang saya masih ingat pesanan pensyarah subjek Analisis Ekonomi Islam untuk peringatan sendiri:-
 
"Percaya pada gerak hati.. Kalau sesuatu itu tidak benar/ buruk maka hati kita akan berdebar-debar tetapi jika sesuatu perkara/ tindakan itu betul maka hati kita akan tenang"..
 
 
Lebih kurang camtu la maksudnya.. Selepas dapat pesanan ini saya fikir dan imbas kembali beberapa peristiwa/keputusan yang lalu.. dan saya cuba untuk 'test' keputusan saya berdasarkan hati.. hmm.. memang betul.. ada sekali tu sy was2 sama ada nak buat/ tak perkara tersebut (suatu perkara baik...) selagi saya tak buat hati saya tak tenang sebab asyik terfikir pasal hal tersebut..then, sy ambil keputusan untuk ambil tindakan...lepas tu..memang hati sy tenang n x fikir dh psl hal tersebut.. so its true.. KECUALI pada tindakan yang telah menjadi kebiasaan mungkin sukar untuk dikenal pasti..huhu.. (sorry..terpaksa rahsiakan 'hal' tersebut)

Cerita tentang PJJ USM sepanjang tahun 2014boleh tengok kat link di bawah..:-
 

Cerita PJJ USM bagi tahun sebelumnya boleh klik je kat label USM ek.. nmpk x kemalasan owner..huhu..
 

USM Dihati..hiks
Tahun 2014 juga memberi kesan kepada saya apabila sy accident pada 14 Ogos 2014 (18 Syawal 1435H).. Kemalangan masa petang balik kerja yang pada hari tersebut ada majlis hari raya di ofis.. mesti la ingat sebab masa kat ofis bukan main giler ber'monopod'..haaa..time balik dummmm... Tapi apa pun syukur sangat sebab saya xde apa2 cuma kereta je.. dan dari kejadian ini juga merapatkan lagi silaturrahim dengan jiran.. Rentetan dari peristiwa ini, sehingga kini terasa kesannya..huhu.. Keyakinan saya untuk drive memang menurun..sangat takut n nervous terutama bila ade simpang.. selalu terfikir kalau2 kete lain x nampak kete saya..sebab itu adalah punca sy accident hr tu.. atas kesalahan orang lain.. Tapi masih kena kuatkan semangat untuk bawa kereta..short distance boleh la.. kalau jauh2 tu, dahulukan kalau ada orang lain yang boleh bawa..memang terasa beza cara sy drive before accident n selepas accident.. Apa pun ia adalah pengalaman dan semoga lepas ini dilindungi dari perkara yang tidak diingini oleh Allah..Amin..

teleng2 kepala nk ber'monopod sgt kan..
 
Pd 22 Jun 2014, bermula kehidupan baru sy n mr hubby apabila ktorang duduk rmh sendiri.. sedih sebenarnya.. emm... tp tu la.. kehidupan mesti diteruskan.. Mulakan kehidupan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit membeli kelengkapan rumah..al-maklum la duk rmh mak sebelum ni xde beli perabot apa pun.. sampai sekarang Alhamdulillah banyak yang dh ada..tak pe la..pelan2 kayuh.. cuma jgn letak harapan yg tinggi tuk diri sendiri sbb takut nnt diri sendiri gak yg merana kalau x dpt kan..huhu... Kalau ikutkan smpai sekarang banyak lagi check list nya..cuma kena ikut tahap keutamaan n kepentingan..sbb bajet terhad..=)
 
tunjuk meja mkn je..tp part ni x siap lg..kan nk buat banquette style..
ni antara jiran2..havoc tau diorg ni..=)

Itu je la kut cerita sepanjang 2014 ni yang mana memberi kesan yang kuat kepada diri ini.. sorry la kalau ayat kat atas macam ayat karangan..hihi.. Supaya hari mendatang sy menjadi insan yang lebih baik.. sememangnya masih banyak kekurangan pada diri ini.. tq to mr hubby sebab 'redha' terima diri ini..huhu.. Untuk tahun 2015 ini, selain membuat azam (kalau ada la..) apa kata kita muhasabah diri seketika atas apa yang telah kita lalui sepanjang 2014 untuk kita tingkatkan lagi tahap kesyukuran dan memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.. inshaaAllah.=)

Hari ni 31.12.2014 dapat lagi satu perkhabaran untuk januari 2015..huhu..nebes2... semoga dpermudahkan semuanya..=)
 

Friday, November 14, 2014

Konvokesyen Ke-50 USM, Cerita Selepas 4 Tahun

Assalammualaikum..

Syukur Alhamdulillah..akhirnya selepas 4 tahun belajar secara PJJ di USM berakhir semalam 9 November 2014 (Ahad) dengan upacara konvokesyen ke-50 di USM. Semalam sidang ke-9 yang merupakan sidang terakhir konvo bagi bidang Pengurusan. Lama gak nak tggu konvo ni sebab biasanya dalam bulan September cuma tahun ni lambat sikit. Tapi penantian yang berbaloi xpe... sebelum nak ke konvo semalam dua kali gak la pergi Penang.. mula-mula 3hb ambil jubah pastu balik Ipoh.. 6hb petang datang balik USM sebab malam tu raptai n hari Jumaat ambil cuti sebab nak buat group photoshoot.. Sebenarnya salah satu sebab kenapa saya sambung study adalah kerana saya nak konvo sekali lagi..boleh camtu..haha..sebab masa konvo poli dulu x best sgt..huhu.. ye la time tu sy pun x keje lagi..nak ambil gambar studio pun xde fulus..tumpang my bff ambik gmbr skali ngan family die..huhu.. Sekarang Alhamdulillah dapat ambil gambar studio n group photoshoot lagi..
 
ni masa amibil jubah..dah start bergambar dah..walaupun masa ni perut tengah menahan lapar sebab dari pagi tak makan lagi..makan kacang putih bekalan syahir je dalam kete..haha

ni masa malam raptai..girl in pink hokey..hihi
tshirt ni tempah khas tuk pkai masa malam raptai..tp x Nampak sangat gambonye..huhu
 
Sebenarnya group photoshoot tu photographer nye kawan ktorang jugak.. sesama study PJJ ni.. memang puas hati ngan hasil keje die.. group photoshoot hr tu 6 orang je join tu pun dh havoc sgt..hihi.. photoshoot ni pandai2 sendiri la nak posing camne n bawa props memasing yang ada.. saya siap buat props macam photobooth tu..walaupun x bape nak kemas tapi dalam gambar tak nampak kan..so kira ok la... thanks pojie sebab sudi jadi photographer..=) sesiapa nak ambil pojie as photographer pm kite tau..hihi
 

props yang saya buat..sesape nak order boleh pm saya..hahaha
 
ni antara hasil tangkapan pojie a.k.a 'aku fauzi'..
 
macam comel je..
 
 

we are PJJ student batch 2010 until 2014..PW Ipoh..
muni n her mortar board..hihi
Nak ambil kesempatan nak ucap terima kasih pada mak abah, family n mr hubby sbb memahami situasi sy sepanjang 4 thn.. tq jugak kat mak abah sbb bg teddy bear tu n mr hubby bg bunga lily tuk kite..kite terharu..sobsob..

terima kasih jugak buat kawan-kawan opis yang backup keje n memahami terutama masa pegi intensif n exam..tq buat bos2 yang luluskan cuti saya..walaupun ada ketikanya ade jua kesukaran di situ...

terima kasih buat kawan2 PJJ semua yang sudi berkawan dengan saya ni.huhu.. al-maklum la org pendiam mcm sy ni mmg kurang kawan sbb x bersosial sgt.. bukan anti social tapi I kan pemalu..hihi.. Tahniah untuk korang sebab akhirnya kita Berjaya habiskan selama 4 tahun ni.. walaupun sepanjang 4 tahun ni banyak cabaran, dugaan tapi akhirnya kita berjaya hadapi.
 

my family

Ade yang nak sambung master dah..saya?? belum lagi.. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian buat masa ni.. Terima kasih juga buat semua pensyarah PJJ USM yang telah memberi ilmu kepada kami.
 
Next nak pulang jubah n ambil transkrip.. Hari konvo x sempat sebab nak balik awal..kejar masa..nk bergambar pas konvo pun x sempat.. Spoil mood pun ade..bunga abg bw blk rmh plak..sabo je le..huhu..ambil gambar studio pinjam bunga kawan..huhu.. Sebelum nak ambil transkrip kena hantar 3 slip soal selidik yang dh jawab..

Bagi next kengkawan yg nak konvo, sy sertakan anggaran bajet untuk konvo..senang nnt korang simpan duit awal2:-

*gambar studio: rm200 (5 keping +1 frame)-tesktur
*gambar stage: rm35 (basic-3 keping+tesktur) 
(Gambar studio n stage 2 company yg berbeza)
*dvd:rm25 (sy x beli)
*group photoshoot: harga belum ditentukan oleh pojie..

Oh yea..masa ambil jubah tu kite akan dapat slip n slip tu akan nyatakan baki hutang kite dengan USM.. Tp jgn cepat melatah..gi bendahari untuk cek dl..n selepas semakan rupanya ade lebihan rm45 untuk saya.. Terkejut gak mula2 dpt slip ade hutang rm17x.xx.. Rasanya setiap thn byr yuran cukup dh.. Nasib baik xde hutang.. 

Bagi sesiapa yang nak sambung buat PJJ di USM sila2 teruskan.. Memang banyak cabaran dan dugaan yang akan anda hadapi kerana belajar secara PJJ mempunyai komitmen dengan family, kerja, assignment, exam, cuti intensif, cuti exam tapi InshaaAllah ada cara penyelesaiannya.. Mental kena kuat n kita sendiri kena memotivasi dan positifkan diri untuk meneruskan perjuangan kerana di penghujungnya nnt ade kemanisan yang akan dirasai..=)
 

10# sebagai student PJJ di USM:

#lastminute
#tidolewat
#assignment
#studygroup
#friends
#intensif
#nota
#googletranslate
#cutitanparekod
#projekpaper

Apa pun yang dihadapi sepanjang 4 tahun ni merupakan pengalaman dan kenangan manis walaupun ade yg x berapa nak manis tawar2 gitu kan..xpe la..pengalaman itu mematangkan lagi diri ini.. biar masa yang tentukan..asalkan kite dh buat yang terbaik..

Untuk yang nak berkonvo nanti pesanan yang selalu diingatkan adalah senyum..senyum..senyum... masa atas pentas..supaya gambar atas stage tu cantik..nanti dah beli kalau tak cantik kan rugi..hihi..



ni k.mira tolong snapkan dr pc.. sbb k.mira tolong amik gambar stage untk ktorang..tu dah habis senyum le tu..hihi
 

Ok habis cite konvo dan PJJ USM.. Next year xde dh cerita tentang intensif..

Jom layan gambar masa group photoshoot..ni gambar dari kamera henpon ktorang..yang photographer x siap lg..maklum le x sabo kan...hihi


suka sangat gambar ni...comel..walaupun hakikatnye mata tengah tahan cahaya matahari betul2 atas ktorang..huhu
ini muni..opss kakak muni..hihi..tahun 4 baru start kenal..ok la tu drpd x kenal langsung kan..

antara props yang ktorang bawa

muni, k.zura, syahir, jejai, k.mira n me...
lokasi peberet..atas pokok..banyak betul gambar kat pokok ni..xtau nape..haha..
candid itu lebih jujur..=)
di sebalik tabir..our photographer pojie with assistant, irfan a full time student kat USM.. jangan memain..sampai panjat pokok tau..orang lalu-lalang situ tengok je..haha..malu but fun...
ok last..apa pun kite pernah disebut bersahabat


Ok habisssssss...sobsob..happy ending..Alhamdulillah..=)


WE DID IT!!!!!!

Wednesday, September 10, 2014

wordless wednesday: my money

Assalammualaikum
 
sumber gambar from fb.. credit to owner pic.

Takde la wordless sangat.. tp kebelakangan ni berbagai ujian lak.. sampai nak buat status "ade sesape nk byr hutang kat sy x"..hihi.. tp x smpai hati..
 
Tapi gambar tu bukan je apa yg org lain fikir ttg kita.. kadang2 sy pun berfikir camtu gak kat org lain.. realitinya hanya diri individu tu sendiri tahu keadaan dan perasaan sebenar di mana x semuanya perlu diceritakan pada semua orang..=)
 
k bai..

Tuesday, September 2, 2014

Cerita Merdeka Saya..Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalammualaikum..

31hb Ogos 2014, Malaysia telah mencapai kemerdekaan yang ke-57 dengan tema tahun ini 'Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'.. Merdeka kali ini buat pertama kalinya saya n rakan ofis yang lain menyertai kawad.. ianya merupakan 'paksa rela'..sebab mula2 memang rasa cam terpaksa tapi akhirnya rela juga.. hihi.. masa latihan tu memang letih juga terutama last day latihan..hbs sunburn muka yg mmg dh burn ni..haha... bila dah pergi raptai tu dah ada semangat sikit. Sebenarnya kita rasa semangat bila semua team bagi kerjasama n semua pun komited.. so semangat tu datang dengan sendirinya..
 
Untuk merdeka, ini kali ke-2 saya menyertai aktiviti kemerdekaan.. 1st dulu masa sekolah rendah.. join 'senam berirama' camtu la.. yang tu combine 3/4 buah sekolah.. dan tahun ni join kawad lak.. Penat memang penat tapi ade jua kemanisan di situ..=)
 
Malaysia Di Hatiku..chewahhhh
 
yg ni area padang Ipoh tu.. sekarang Ipoh pun dh ade lukisan2 kat dinding ni.. tgk..maksu sorang je sampai tu..hihi.. tinggi beno lukisannya..

 
 
sempat senyum..tq k.elmi for this photo.. ni dh lepas pentas utama..tu bleh senyum lebih..hihi
 
yg ni gegurl audit je..
Gambar kawad semua ihsan kengkawan yang share kat fb.. ktorang x menang pun n memang bukan target pun.. Apa pun kalau bergambar memang team audit yg menang..hihi.. apa pun terharu dengan kerjasama n semangat seluruh team...  tahniah semua.. tahun depan nak masuk lagi ke???..haha..

Friday, August 22, 2014

Monday, August 18, 2014

Ujian di bulan syawal dan jasa jiran

Assalammualaikum. .

Khamis lps diuji apabila sy mengalami kemalangan.. 1st time kemalangan camtu n harapnye yg terakhir la..huhu.. bagaimanapun bukan lah salah sy tetapi salah kete yg dilanggar.. klu tanya sape yg langgar sape.. kete sy yg langgar 'vios' tersebut.. tetapi kalau ikut salah siapa.. salah kete vios tu la sbb keluar simpang dan x nmpk kete sy yg dr jln utama... kalau tanya perasaan ketika tu lebih kpd terkejut n x sangka sy accident..huhu... b4 nak kena tu sy tekan brek tp mcm x function je  smpai sy cek kaki sy..sama ada sy tekan minyak ke tekan brek...n mmg tekan brek tp still x sempat jugak.. mayb atas faktor jln licin sbb hujan so brek tu x bape nk makan sgt..huhu

pas kena tu sy keluar dr kete tp pintu kete x boleh buka semua..leh buka ckit je..nsb bdn kecik... pastu sy tggu org vios tu kuar...die x kuar.. die terus call sape ntah.. pastu sy tgk kete dh berasap...haaa..time ni sy panik...panik sbb tkut kete meletop nnt...haha..terus tutup enjin kete pastu ambil henpon... org vios tu still x kuar sy terus amik gambar no plate kete tu...mn la tau kut2 die lari ke kan.. sbb enjin die xde apa..kena kat pintu je... lama gak sy tggu die kuar... sy ketuk cermin kete die je..xde lak nk bw kuar stering lock.. kang tetibe jd popular lak..hiks..

Lepas orang vios tu dh kuar siap berpayung sy terus tumpang payung die.. selamber je.. xde tanya apa..haha... so 1st thing sy buat, sy minta no phone die.. pastu br sy call husband sy.. dipendekkan cite nsb org vios tu mengaku salah n ktorg buat report polis. Kete sy towing sbb xtau boleh bw ke x bile tgk cam minyak dh mengalir tu.. Cam biasa org towing mmg awal lg dh smpai.. 

Alhamdulillah masa kejadian ada jiran nmpk kete sy accident, die berhenti tanya.. n jiran sefamily ni la yg tlg sy n husbnd.. bw ktorg gi balai polis smpai hbs n hntr balik.. terharu sebenarnya.. kalau tak nk minta tlg family ktorg ambil kat balai polis..tapi jiran sy ni sanggup tunggu sampai hbs report..ngan anak kecik lagi... semoga dimurahkan rezeki diorang sekeluarga...T_T..

Sekarang ni kete kat bengkel n tak tau la bila siap... nsb guna insurans org vios tu.. xde la kena bawa keluar duit.. cuma byr doc fee je..haihh tu sbb nak senang cite.. n sekarang nak gi keje merempit la ngan husband..=)

Walaupun diberi ujian sebegini sy masih bersyukur sangat sbb accident ni x melibatkan apa2 kecederaan yg teruk.. sy setakat lebam je..tu pun xtau kena apa... bila terfikir kenapa jd mcm ni cpt2 ingat balik tuk bersyukur yg xde apa yg berlaku ke atas sy...cuma kete je.. sekarang kalau tanya sama ada trauma atau x nk bw kete tu..xtau lg..sbb blum drive..tp klu naik moto ngan mr hubby, klu kat simpang mesti cam nebes ckit..huhu.. 

Sebagai kesimpulan, perkara di luar kawalan kita bila2 boleh berlaku.. n sangat bersyukur dipertemukan jiran2 sy yg baik n sanggup menolong... harapnya hal kereta ni dapat diselesaikan cepat..

Tuesday, August 12, 2014

Berkurang lagi GMP..

Assalammualaikum..

Ni nak cerita pasal GMP.. GMP tu apa??..mula2 kite cite 'pendahuluan'/'pengenalan' dulu..hihi.. 'GMP' tu singkatan kepada Geng Minum Pagi.. dapat nama ni start bila ek..dalam 2010 camtu kut.. Bermula dengan 7 orang semuanya.. semua adalah kakak2.. kira saya plg kecik la a.k.a plg muda..haha.. termasuk geng ni sbb mula2 selalu join k.elmi mkn pagi dgn kakak2 yg lain.. so makin lama ktorg makin rapat n mmg selalu mkn sesame...dan ktorang ada nama panggilan masing-masing.. Geng minum pagi je ke..tgh hr camne?? time lunch biasanya masing2 ada agenda tersendiri.. tu biasa pagi je leh jmpa semua..sembang2..
 
1st: k.hani a.k.a kak long sebab plg seniorrr..hihi..next merangkap setiausaha, k.elmi ktorang pggl 'mak'.. pastu k.laily dengan panggilan 'mommy'.. k.zanzila panggil 'yong'..k.lily ktorg panggil 'mama'.. k.wan dengan panggilan 'mak wan'.. n last skali sebagai 'adk bongsu' (ececece...hiks) diorang pggl saya 'cik ris'/ ris.. Ini antara ahli2 GMP..hihi..

ni semua GMP's
 
Tapi sekarang GMP yang masih ada kat Ipoh ni tinggal 4 orang je..huhu.. mula2 k.long naik pangkat bertukar ke KL..diikuti dengan k.zanzila yang dapat jawatan baru di jabatan lain tapi rezeki k.zanzila dapat penempatan di Ipoh juga..so ktorang still boleh jumpa.. n baru2 ni k.lily lak dapat naik pangkat n bertukar ke nogori Sembilan..huhu.. jadi sekarang tinggal la kami berempat..
 
Tu la die kalau org federal..boleh ditukar @ ditempatkan di mana2.. Tak pe la, demi meningkatkan diri n kerjaya.. Sebenarnya GMP ni bukan la ktorg terhadkn hanya geng ktorg je bleh kuar sesame.. n bukan kump. 'gengster' tau...haha... tak...... cuma ktorg ni dh rapat n senang nak bercerita n meluahkn perasaan.. huhu..
 
to k.lily @ mama:-
 
"selamat bkerja di tempat baru.. tabah n kuat buat sementara ni.. semoga dapat balik perak cepat..=)"


makan2 kat rumah sy je..masa ni k.wan x dpt join sekali..
sesi bergambar with mama...
ni macam dh sesi wajib ni kalau nak berpisah..port sama.. konon xnak nangis.. I xleh tahan ok..huhu..
 

Tuesday, August 5, 2014

Cerita Raya Saya..

Assalammualaikum..

Salam 9 Syawal.. Hari ni dah 2 hari memulakan kerja selepas seminggu cuti.. Nak cite sikit raya tahun ni.. tahun ni 1st time raya kat rumah sendiri.. Penat gak a..penat memasak, penat mengemas...haaa..amikkk..hihi.. Tapi seronok la bila ada orang nak dtg rumah kite.. cite memasak, untuk raya pertama sy masak rendang dendeng.. 1st time buat tu..huhu..tp masak pastu bawak bagi mak..masak sehari sebelum raya.. tinggal sikit je untuk mr hubby.. Alhamdulillah menjadi..sedap gak la..haha..puji sendiri ok..hiks.. Raya ni turn rmh mil dl..so pg tu gi rumah mil n gi beraya ke kuala kangsor..hihi.. petang tu balik rumah mak pulak..hihi.. ptg tu br amik gambo raya reramai tp mak xde..dh tido..kepenatan layan tetamu dr pagi..abah lak dh gi keje..so ktorg adk beradik je amik gambo.. itu pun x cukup korum..
 
Next day raya ke-2 x gi mn sebab masak kat rumah keluarga mil nk dtg.. menu raya ke-2 buat mee kuah je.. Alhamdulillah menjadi gak..pestime gak tu..mlm lak my family dtg smpai tgh mlm.. mee pun sold out n x cukup kuahnya..huahuahu..sorry la yerk..disebabkan 1st time...so x pandai nak bajet lagi.. Nampak cam cukup..rupanya x..huhu..lagi pun periuk yg guna tu je yg paling besar..hihi..
 
Raya ke-3 pergi beraya rumah maksu..Raya ke-4 masak bihun sup lak.. bihun sup ayam je..lg pun anak sedara tido kat rumah malam tu..siang tu buatkan diorang sup..bertambah gak la diorang..mula2 mintak bihun sikit je tak nak banyak pastu bertambah..tak pe2..mak su sonok tgk..pastu hantar deme balik rumah tok.. ptg tu gi rumah sedara lagi..
 
Raya ke-5 masak lagi bihun sup sebab bff si siti ecah nak dtg rumah.. bihun sup je yang senang.. sebenarnya blur gak la nak masak apa.. Hari sabtu, raya ke-6 ada kenduri sedara pastu malam maksu sekeluarga dtg rumah saya beraya.. malam tu jugak jiran2 selorong buat bbq.. n itu la 1st time saya berkenal2an n bersembang ngan jiran terutama yang wife la..kalau x selalunya setakat senyum je..nama, keje mn pun sume tak tau.. havoc jugak jiran2 ni.. ye la umur diorang ni lebih kurang ktorang je..jiwa muda la katakan..hihi.. semoga dapat dikekalkan silaturrahim ini..=)
 
Tu je la cerita raya saya seminggu..hari ahad gi kenduri kawen kawan sekolah je..pastu rehat kat rumah.. sbb hr ni  semalam koje dah..huhu..
 
Sepanjang raya ni, sebagai ttc soalan yg plg digeruni adalah pasal anak...emm ade gak la yg Tanya tp x amik kisah sangat.. cuma tahun ni ramai yang Tanya 'mana anak?'... adehh.. terpaksa la jwb dengan senyum2 'x ade lg'..huhu.. agaknya sebab diorang selalu tgk kat fb n ig saya banyak post gambar dengan baby n budak2.. itu sume anak sedara sy..huhu.. Pernah terbaca kat mn ntah.. "kalau nak tengok keinginan seseorang, tgk melalui profil dia".. (lebih kurang camtu la maksud die).. bila sy tgk profil sendiri..emm...betul la tu....
 
Raya tahun ni masih lagi berdua.. next year tak tau lg camne..doakan yg terbaik je la..=) Apa pun Alhamdulillah rumah dh ada barang sikit..lebih senang nak memasak..hihi.. next nak beli meja makan lak..sian tetamu yg dtg beraya..sume dok mkn kat bwh je..huhu.. InshaaAllah next time dtg lg mkn atas meja ek..hihi

jgn muntah tgk gambr ni..hihi
ni semua anak sedara..tgk..kecik2 dh pandai selfie..kalau bagi kamera je terus senyum..haihhh.. maksu dl time kecik plg susah nk bergambo tau tok cite...

Sunday, July 27, 2014

Pray For Gaza

Assalammualaikum..
 
Hari ini 12 Ramadhan dh.. Tetapi sedih dan sayu melihat saudara2 kita di bumi Gaza.. Jom sama2 kita beri sumbangan sama ada melalui wang ringgit atau sekurang-kurangnya selitkan doa bagi saudara kita di sana di setiap solat kita..=)
 

Friday, July 25, 2014

Ramadhan...Syawal 1435H

Assalammualaikum..

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.. semoga setiap ibadat kite diterima dan diteruskan supaya kita menjadi hambaNya yang terbaik..
 
k la..nak raya ni kan..n raya tahun ni masih lagi ber2..so sy nk berikan kupon ni masa raya.. sile2 ambil ye..simpan kut2 nnt nk guna...haha... share dr fb kwn..

selamat hari raya aidilfitri semua..
 
  • jaga diri
  • jaga makan
  • jaga keselamatan
  • jaga ibadat
  • maaf dari saya yang mempunyai banyak kelemahan ini..

early birthday present..

Assalammualaikum..

Hari ni 25hb Julai seperti yang dimaklumkan sebelum ni, result final exam kuar hr ni.. Alhamdulillah syukur sangat2.. walaupun bukan dean list tapi syukur juga apabila melihat status bertukar kepada berijazah.. Alhamdulillah selesai sudah 4 tahun belajar secara pjj di USM.. banyak suka dan duka telah dilalui.. Perasaan untuk berhenti di tengah jalan pun ada.. Macam2 la... Apa pun saya anggap keputusan ini adalah hasil usaha yang telah saya laksanakan.. sebenarnya memang boleh tingkatkn lagi usaha tu..tapi biasa la..makin lama penyakit M tu makin menjadi2..huhu..
 
Untuk kawan2 yang lain.. K.hani, k.aina, k.murni, k.mira, k.zura, jejai, k.ayu, syahir, jielah, akmal, zai..tahniah..nnt kita konvo sesame ek..inshaaAllah.. yg lain2 yg masih ade 1 thn lagi pun tahniah juga n gud luck for next year... Nama yang x sebut jgn kecik hati ye.. tahniah jugak untuk semua..
 
Terima kasih pada semua kawan2 yang sama2 study n saling tolong-menolong, berkongsi ilmu.. terima kasih semua.. Alhamdulillah dipertemukan sahabat2 seperti anda..=)

Terima kasih juga pada semua tenaga pengajar yang telah memberikan ilmu selama 4 tahun ni.. walaupun tahun ke-4 ni cabarannya sangat dasyat sekali..hihi..
 
Present untuk birthday esok from myself.. Tamat pengajian n boleh konvo..=)..
 
"Tahniah risma.. ini hasil dr usaha anda" (tepuk bahu sendiri)
 
Result ini bukan sahaja dari usaha belajar dr saya sendiri sahaja..semestinya doa terutama dr mak abah..=)
 
Alhamdulillah..yg penting status tu...
 

 
tahniah korang.. jumpe konvo nnt..=)
 

Thursday, July 17, 2014

Keputusan Provisional: USM PJJ dan Tawakal

Assalammualaikum..

Semalam 16hb Julai adalah tarikh di mana keputusan provisional bagi exam yang lepas keluar.. Keputusan provisional adalah keputusan di mana korang akan tau sama ada lulus/ gagal je.. Berapa pointer n gred memang tak tahu lagi n yang itu adalah keputusan penuh pada 25hb Julai nanti.. Untuk anda2 yang bakal menjadi pelajar pjj usm ke ini sedikit info untuk anda la..
 
Keputusan exam boleh disemak sama ada melalui campus online atau sms pun boleh. caranya..
Taip USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>nombor kad pengenalan pelajar<>jarak<>angka giliran> dan hantarkan kepada 15888.
 
Keputusan saya...emmm...Alhamdulillah lulus semuanya.. Tahun ni tak se'excited' tahun2 sebelumnya untuk cek result sebab memang tak letak harapan yang tinggi pun.. Tahun ni saya decide untuk tunggu kawan2 lain semak n tau camne result diorang baru saya semak.. at least memberi kekuatan sikit untuk sy semak..huhu.. Memang syukur sangat2 bila Nampak semuanya lulus..itu pun cek banyak kali n cek betul2 takut2 salah tengok ke kan.. Tak sia2 nangis dalam dewan exam..huhu.. ye saya nangis dlm dewan exam buat pertama kali dlm hidup saya sepanjang ambil exam.. macam sy pernah cerita sebelum ni kat sini.. Betapa saya rasa sangat2 down lepas paper matematik pengurusan sebenarnya.. paper ni la yang saya katakan paling killer tu.. padahal matematik ni yang kita pernah belajar..cuma bila disebut matematik yang penting adalah banyak buat latihan.. tapi kalau tips dah berbeza ngan soalan camne kan..tu la risikonya kalau study hanya berdasarkan tips..huhu.. jgn ikut mcm sy ye kengkawan..huhu.. Kenapa sy rasa down sgt..pertama, sebab markah PB yang memang saya tak sangka teruk n soalan final yang saya rasa macam sy tak study langsung untuk paper tu.. Bayangkan pertama kali juga banyak soalan yang saya tinggal tak boleh jawab... Bila masa menjawab pun hampir tamat memang tak dapat lagi sy nak control air mata ni terus hujan lebat kat meja tu jugak..adehh..jenuh la duk control taknak bg org nmpk..hbs je paper tu dikutip terus keluar gi toilet..tak tgk org lain dh..lama gak duk dlm toilet tu melepaskan rasa...huhu... dah la petang tu ada satu lg paper..huhu.. Memang lepas je paper ni terus tak meletakkan apa2 harapan.. macam dh hilang dh semua... Tapi lepas habis semua exam, hati pun dh tenang sikit, ada terbaca kat ig ke fb ke ntah tak ingat, tentang tawakal.. lepas baca tu saya lebih tenang n redha dengan keputusan nanti.. 1st time la saya rasa konsep tawakal itu digunakan sebetulnya..huhu..di mana kita telah berusaha untuk membuat dengan baik di mana sy dh study siap buat study group, latihan lagi.. maka untuk keputusannya kita hanya terus berdoa n redha sahaja.. Alhamdulillah semalam telah menenangkan sikit rasa walaupun keputusan penuh belum diketahui..
 
Kesimpulannya disini, nangis la sepuasnya supaya lebih tenang...ehh..tak..huhu.. selepas kita dh betul2 berusaha sehabis dan sebaik yang mungkin, maka selebihnya berserah kepada Allah.. teruskan berdoa.. Keputusan penuh tak keluar lagi so teruskan berdoa juga supaya keputusan kita semua cemerlang dan dapat ber'graduate' sesame tahun ni...=)
 
http://evaluasi-diriku.blogspot.com/2011/10/usaha-dan-tawakal.html
 
http://blogakudandunia.blogspot.com/2013/03/tawakal-itu-mencukupkan.html