Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Friday, January 21, 2011

::end of year::

assalammualaikum n halluuuuuuu..:)

Tadaaaa.... Dengan ini saya mempertontonkan gambar-gambar sepanjang majlis putris pada 31 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011.. video ni buat sendiri je..biasa-biasa je...huhu..hobi di masa lapang.. ok sume..selamat menonton...(^^,)..

video

Friday, January 7, 2011

::begin life of puTRis::

Assalammualaikum n salam sejahtera semua...

Dah masuk tahun 2011 dah kan..sekejap je rasa.. macam-macam berlaku dalam tahun sebelum ni.. secara keseluruhannya boleh dikatakan banyak peristiwa pahit dalam tahun 2010 huhu... sedih bila mengenangkan kesilapan yang dilakukan sendiri.. Kesimpulannya 'jatuh itu sangat sakit'..tapi perkara dah berlaku dan tak boleh nak patah balik.. kalau la kan boleh pusingkan balik masa.. huhu.. tapi itu adalah perkara yang mustahil.. apa pun yang dah berlaku akan jadikan ianya sebagai satu pengajaran buat diriku ini..

Walau bagaimanapun, tahun 2010 berakhir dengan kegembiraan.. Pada 31 Disember 2010 maka bertukar lah status dari 'cik' ke 'puan'..:) Bergelar sudah isteri kepada Syed Putra Al-Atas.. cam x caye je dah kawen.. rasa cam budak2 lg ni..hehe.. Diharapkan permulaan tahun 2011 dengan kegembiraan ini memberi petanda baik itu meneruskan kehidupan seterusnya..


Sekarang masuk cite bab majlis perkahwinan Putris lak.. Putris ni gabungan nama suami (Putra) dan saya sendiri (Risma).. sebelum majlis akad nikah ni punya la berdebar hati ni.. macam-macam perasaan ada.. macam-macam yang difikirkan.. risau gile lah.. aku rasa kalau orang lain tengok muka aku masa tu mesti masam je kan..susah nk senyum masa tu.. aku sendiri pun tak perasan sangat sebenarnya.. tapi bila abang ipar aku tegur masa malam lepas majlis akad nikah tu dia kata "baru la nampak nadia ni senyum je, kalau tak sebelum ni masam.. nampak sangat bezanya" lebih kurang camtu la ayatnya.. bila aku tengok balik gambar2 sebelum dan selepas majlis baru la aku perasan..huhu.. tapi nak wat camne kan.. xtau la orang lain camne perasaannya kalau berada kat tempat aku tu..huhu.. Lagi satu nak cite, pakai inai ni sebenarnya seksa..huhu.. kena jaga xleh gerak sangat..keras je..tido pun tak selesa.. pastu dah pakai inai kaki ngan tangan dah tak boleh nak pegi toilet..huhu.. seksa tau..

ni masa awal-awal buat henna dulu..masih boleh bergerak dengan bebas..huhu

Akad nikah diadakan di Masjid Jamek Kg. Sri Kinta.. Belum apa-apa aku dah bergenang air mata.. sedih lak.. Tapi paling sedih bila abah bacakan untuk wakilkan akad nikah tu.. fuhhh time tu memang sedih la.. sekarang pun duk sedih ni..huhu.. rileks2 risma..tarik nafas... lepas... ok dah..:p akad nikah buat pas asar tapi pihak lelaki datang pukul 3.00 petang dah sampai masjid.. awal tul encik hubby datang masa tu.. aku ngah make up lagi time tu.. Pada masa yang sama ada 2 lagi pasangan pengantin yang nikah.. so gilir2 la akad nikah.. Hubby yang ke-2 dan alhamdulillah sume berjalan lancar dengan sekali lafaz..syukur sangat..

Bab seterusnya pada 010111 kenduri kawen le plak.. tema pink n purple.. secara keseluruhan berpuas hati dengan make up dan pelamin yang di'request'.. makanan pun alhamdulillah cukup cuma cam biasa la dalam sesuatu majlis tak semuanya perfect kan.. Nak ucap 'a big TQ' specially tuk mak ngan abah, 2 orang kakak ku dan kakak ipar, abang ngan abang-abang ipar yang bersusah payah sepanjang majlis selama 3 hari ni.. selain tu tuk mak-mak sedara dan sepupu sepapat yang datang tolong juga sangat dihargai..TQ SO MUCHHHHH..:)


keluarga pak cik osman


Emm..nak cerita pasal kenduri cam panjang sangat lak.. so nanti tunggu je la video yang akan dibuat..huhu.. ngah kumpul gambar-gambar ni... okey...

Apa pun nak cakap TQ lagi kat semua yang menjayakan majlis Putris ini dan mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis kami.. Doakan kami agar dapat membina sebuah keluarga yang harmoni dan diberkati Allah..


::semoga diberi ketabahan dalam menjalani kehidupan seterusnya::