Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Thursday, October 24, 2013

Filem wajib tonton: Miracle in Cell no.7

Assalammualaikum

Hari ni nak ajak korang untuk tengok filem ni..."Miracle in Cell No. 7".. wajib tau..hihi.. tak da la wajib.. cuma bagus untuk ditonton.. ini filem korea.. apa yang pasti apabila anda, anda, dan anda menonton filem ini CONFIRM menangis dari MULA sampai HABIS..huhu.. Cerita dia sedih sangat n ada komedi juga.. secara ringkas filem ini menceritakan tentang hukuman kepada orang yang tidak bersalah.. Nak tahu detail kena tengok sendiri.. sebab kalau saya cerita nanti tak best lak...
 
Dapat tahu cerita ni dari ig k. fynn jamal jugak.. so minta tolong husband carikan.. mula-mula adegan "mata masuk habuk" menangis la tu maksudnya boleh lagi cover2 dari dilihat oleh mr. hubby.. tapi makin penghujung nak "teroyak" rasanya.. time ni dah tak boleh cover dah.. dah siap air hidung pun sama keluar mana nak cover nya..huhu.. cover bunyi je..hihi... tapi memang best la cerita..
 
Jadi kalau korang nak tengok cerita ni make sure siap sedia bantal, tisu/ sapu tangan.. bantal tu tujuannya untuk cover la..hihi..
 
ok.. tengok tau jangan tak tengok.. mesti tak nyesalnya...=)

Friday, October 18, 2013

secara rasmi telah bertukarrrr

Assalammualaikum..

Hari ni 18 okt. 2013 secara rasmi saya telah bertukar seksyen baru.. penat angkat barang dari tingkat atas ke tingkat bawah.. tak perlu exercise hari ni..berapa kali ulang-alik...fuhhh... peluh juga la ketiak ni..hihi.. Ye la barang 5 tahun di seksyen yang sama banyak le banding dengan orang lain yang baru2 lagi..
 
so sekarang semuanya baru la.. work station, auditi, bos n team, kerja..tandas pun baru..hihi.. kena biasa guna tandas kat bawah ni..heee... cabarannya adalah untuk memahami cara kerja baru ni macam mana... pastu kena cari lagi ilmu2 baru tentang cukai ni.. emm... mencabar tu...
 
semalam k.elmi a.k.a salah sorang "GMP" and merangkap salah seorang teammates seksyen lama yang sama masuk seksyen tu dah buat post tentang perpindahan saya ni..huhu.. sedih lak baca..  masa mula2 masuk dulu kita orang sama2 baru dalam seksyen tu..sama2 belajar...sama2 menghadapi masalah.. sama2 meluahkan perasaan kalau kena marah dengan bos...huahuahua... boleh kata semua la sama2.. nangis sesame, gelak sesame, marah pun sesame.. kena marah pun sesame...hiks.. tapi sekarang kita orang terpisah jua.. k.elmi masih stay kat seksyen tu sebab dikatakan "KP" iaitu "key person"... sian k.elmi... sementara takde bos kat seksyen tu k.elmi la jadi orang rujukannya.. takpa k.elmi... k.elmi boleh handle punye..hihi... Kat seksyen ni juga la saya belajar banyak perkara.. dari tak tahu buat kerja sampai boleh dah la sekarang walaupun masih belum perfect.. jadi sangat2 berterima kasih kepada bos, n satu teams yang banyak membantu n mengajar aye ni...

Ok smpai cni dulu...
ni gambar k.elmi ambil semalam masa tengah-tengah kemas... siap masuk ig..hihi
 
ni kat tempat lama.. sebelum pindah..org lain sekotak sy berkotak-kotak..huhu
ni tempat baru..tgk background.. ade cermin tau.. senang nak betul2 tudung camni..hihi..

Thursday, October 17, 2013

::Hanya 2 sen saya::

Assalammualaikum

Hari ni kita nak kongsi sikit.. pernah dengar tak "just my two cents"... kalau di 'translate'kan bulat2 maksudnya "hanya 2 sen saya"... Tapi sebenarnya maksud tersirat di sebalik ayat English ni adalah "my opinion" @ "pendapat saya"... see maksudnya mendalamkan... dan saya baru tahu hari.. ohhh noooo..whatttttt... baru tahu... ye la sy baru tahu... saya ni idak le terer English ni.. frasa2 tersirat ni lagi la kan.. jadi pada sesiapa yang masih belum tahu ini la jawapannya.. pada siapa yang dah tahu jangan 'kondem' org yang tak tahu lak ye... no..no..tak baik tau... hee...
 
Punca sebenar saya mencari maksud "just my 2 cents" dari ig kak fynn jamal la.. kata2 puitis dia kadang2 perlu dibaca berkali2 untuk memahami apa yang tersirat.. di samping melihat juna yang nomei2 tu...
 
sumber maksud "just my 2 cents"..tq for info..=)
 
ni ig fynn jamal... jom follow...=)
yang bawah ni my second bracelet order from cloverush.. black agate stone.. nak tahu cerita lebih baca entry sebelum ni ye... 
yg ni selingan.. tantik takkkk....


ok sampai sini dulu perkongsian saya...

p/s: ngah kemas tempat ni..esok pindah seksyen dah...huhu..

Monday, October 7, 2013

don't stress please......

Assalammualaikum..

tengok tajuk pun stress rasanya.. haihh antara sebab2 membuat saya stress:-
 
* kertas cadangan tak siap lagi..huwaaaaaaaaaaaaaaa.. due 14hb ni.. adoiii idea x mari mood pun xde.. haihh...tapi rasanya disebabkan 'keterpaksaan' yang disebabkan oleh 'kesuntukan' masa, mood tu datang rasanya..
 
lagi satu yang buat saya stress sikit..sikit je..
 
* ramai pulak yang conceive ni..huhu.. bukan nak salahkan diorang lak..cuma perasaan saya ni je la.. camne la nak buat supaya perasaan ni tak wujud langsung..haihhh...shuhh..shuhhh... TTCian je yang faham apa yang saya rasa ni... Kadang2 buat saya terfikir saya rasa saya fokuskan dulu study ni sampai habis sebab dah final year kan pastu baru focus 100%++ pada conceive.. patut tak.. huhu pastu nnt org ckp 'merancang ek..' so time tu ngaku je la kut...haihh..
 
semoga Allah permudahkan segala-galanya...
 
o.k cik stress sila pergi jauh2 dari saya...
 
Sekian.
sumber: mr google
 

Friday, October 4, 2013

Barang Baik: Untuk Wanita

Assalammualaikum

Hari ini saya sambung cerita barang baik part 2.. Kali ni bukan benda yang boleh dimakan tetapi boleh dipakai..heee.. sekarang saya 'menggila' beli bracelet.. sebenarnya minat sangat bracelet by funbynana..korang boleh cari ig nanamahazan a.k.a nana AF1 dulu.. cantik2 bracelet dia buat tapi sangat2 limited.. Memang kalau email tu 'semedang' tak ada reply..maksudnya dah 'sold out' la tu.. Maka saya pun mencari la alternative lain melalui ig jugak tapi tengok kat 'News'--> Following.. Apa yang orang 'like'..hehe.. Then terjumpa la kawan yang 'like' gambar bracelet yang saya nak sangat tu pastu terus la follow ig 'Cloverush'..



see..cantik kan and affordable

this is mine..tantikk tak..heee.. dapat je terus pakai..
 
ok next time nak order lagi..tunggu dia update charms comei2... Sesiapa yang minat bracelet cenggini boleh la try jenguk2 ig 'cloverush'..jangan risau owner dia baik n sangat2 membantu untuk membuat pilihan..=)
 
*update.. boleh tgk fb cloverush untk keterangan lanjut..baru tau ade fb..hiks..=)
 



Thursday, October 3, 2013

Barang Baik

Assalammualaikum

Hari ni nak kongsi barang baik dengan semua orang.. Tapi bukan saya yang menjual pun.. Saya membeli je.. Nak menjual2 ni rasanya tunggu saya habis study dulu.. Fokus satu-satu.. Sementara nak habis study ni geram je idea2 yang datang.. Tapi sebenarnya bukan tak boleh buat sekarang ni cuma saya je tak pandai sangat nak agih2 masa.. takut nanti fokus benda lain study ke mana lak kan..huhu..
 
Ok2.. sambung cite perkongsian saya hari ini..
 
Barang Pertama: Radiglow
 
 
Ini supplement pertama saya..hihi.. supplement ni saya cari untuk tambah tenaga.. kenapa saya pilih Radiglow--> kerana ianya chewable tablet...hehehe...saya ni sebenarnya penakut makan ubat terutama pil..adoiii masalah kan.. Mesti orang akan mempertikaikan 'kalau ngandung nanti camne' kan kena banyak mkn ubat/ vitamin.. O.k la kalau ngandung punya pasal apa pun saya sanggup.. akan ku telan jua... Radiglow ni sebenarnya untuk anti aging dan untuk serikan kulit.. tapi dalam masa yang sama dapat meningkatkan tenaga..
 
Hari ni 3 Okt. baru hari kedua saya makan Radiglow ni..so kesannya belum lagi.. kita tunggu sampai habis makan 2 botol radiglow ni ek..
 
Satu lagi saya nak kongsikan kalau makan Radiglow ni memang disarankan untuk minum banyak air masak/ putih.. Sebenarnya air masak ni memang penting dan banyak kelebihan.. kalau nak kurus pun salah satu caranya adalah minum air masak.. Kalau saya baca tentang produk2 lain macam Shaklee n herbalife pun memang akan menyarankan pengguna diorang minum banyak air masak.. so sebenarnya x perlu tunggu bila nak makan supplement baru nak minum banyak air.. Tetapi saya ni pun baru lagi memulakan semangat untuk minum banyak air masak selepas mendengar leteran dari 'mak'..(salah sorang GMP)..haihhh.. sebabnya sebelum ni memang saya sedar saya kurang minum air masak sebabnya pada saya 'tak rasa dahaga' so xde la nak minum.. Kadang2 n selalunya la lepas makan memang saya tak minum dan kadang2 tak minum langsung... huhu.. Tapi 'mak' kata walaupun tak rasa dahaga minum juga!!!!.. So saya ambil semangat itu untuk minum selalu..=)
 
ini yang saya dapat siap free gift lagi..
 
so sesiapa nak beli boleh tengok kat beauty peony pinky.. macam2 ada..=)
 
sebenarnya ada satu lagi barang baik tapi esok/ nanti la sambung ek...
 

Wednesday, October 2, 2013

Oktober: Bertukarrrrr

Assalammualaikum..

Dah 2 Oktober hari ni... Alamak lagi 2 minggu kena hantar kertas cadangan kat USM ni... huhu.. Baca jurnal pun tak habis lagi ni.. haiihhh... Berkuat kuasa 1 Oktober semalam maka saya telah bertukar seksyen selepas 5 tahun lebih di seksyen yang sama... Perasaan...emm... seronok juga sebab akan belajar sesuatu yang baru, new environment, new team, new work station, new auditi.. Sebelum ni pernah bertukar jugak tapi bertahan untuk 1 bulan je lepas tu nama kembali ke seksyen asal.. Tapi masa tu kalau bertukar pun sebenarnya masih belum bersedia tapi kali ni sudah lebih bersedia dari segi fizikal dan mental..hihi.. ye la dah 5 tahun lebih berdepan dengan auditi yang sama n sekarang memang masa yang sesuai juga untuk saya bertukar..Tapi dalam masa yang sama ada gementar juga la... ye la mula2 nak start kerja baru kan..banyak yang kena belajar n tahu terutama cukai.. itu lah cabarannya.. so semalam dh lapor diri cuma tak pindah je lagi sebab setelkan dulu kerja yang ada ni.. Mungkin lepas raya haji kut baru start proses pindah ni.. Pindah pun tingkat bawah je.. Semoga saya dapat laksanakan tugas yang baru ini dengan lebih baik..
 
sudah tiba masanya...
sumber gambar