Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Wednesday, August 12, 2015

Gajet Baru Lagiiiii...

Assalammualaikum...

tadaaaaa.. ni la gajet terbaru kite...
 
Nampak..terus letak gambar.. xtau nak buat 'pendahuluan' camne..hihi.. Ni mesin jahit portable.. so boleh jahit yang biasa2 je..tp rasanya baju kurung lepas ni.. Dah lama nak mesin jahit walaupun... tak pandai menjahit..padahal mak memang sorang tukang jahit..huhu.. so ni kiranya permulaan la.. hopefully berterusan..huhu..
 
Macam biasa kalau nak beli sesuatu mesti buat research dulu..meng'google' la apalagi.. nak tahu mesin jahit portable yang mana yang elok.. so kebanyakannya memang menggunakan jenama 'Global' ni.. salah satu kelebihan yang ada pada jenama ni adalah 'warranty'.. kebanyakan mesin jahit portable yang lain tak ada warranty..yg ni ada warranty 1 tahun.. 
 
Sebenarnya ni hadiah birthday kite..mr hubby bayarkan tapi yang order kite..biasa la bini dia ni kalau bab beli online memang terer..hihi.. survey gak kat pasaraya dan yang ada jual kat Tesco sahaja.. kalau kat Ipoh ni Tesco st18.. 1 hari round 4 pasaraya kat Ipoh ni nak cari mesin jahit ni..sebab rasanya pernah Nampak jual cuma tak ingat kat mana..tapi time tu macam 'nanti la..' kan... tapi kat Tesco jual dalam RM2xx agak mahal sebab nak hampir  RM300 rasanya so tak jadi beli kat Tesco sebabnya dah google ada yang dapat harga RM18x kat lazada.. jauh kut bezanya.. so next sy cr kat lazada tp malangnya sold out lak.. kecewa..disebabkan keinginan tu membuak2 tahap tak tahan tu kan so try cari kat online shop lain.. lastly jumpa kat ensogo harga RM199 all in.. apa lagi terus wa mr hubby n terus bg green light..sepantas kilat sy order.. actually ni 1st time beli kat ensogo.. Alhamdulillah isnin lps sampai.. ikutkan delivery amik masa 7-14 hari.. seminggu lebih gak la tunggu.. Lepas dah setel order cam biasa kalau ada kelapangan tu memang suka sangat window online shopping ni.. masuk la lazada..tuptup ada mesin jahit ni..harga RM189 camtu kut..kira murah sikit la..adehhh..xpa la dh order kat ensogo kan..
 
Tahak kualiti mesin ni tak dapat nak cerita lagi skrg sebab tak test lagi..bawa blk pun belum sbb hr ni baru ada kat ofis..nnt kite try ek..klu rajin kite cite kat cni...klu rajin la ek..hihi..
 
ok bye...
 
 

Thursday, July 30, 2015

Hari Raya Ofis Pulak..

Assalammualaikum..

ok next nak cerita hari raya kat ofis semalam.. Dengan pentadbiran baru ni maka suasana pun ada kelainan.. tahun ni ada konsep gerai di mana setiap seksyen perlu sediakan juadah masing2.. so seksyen saya sediakan laksa piorrr dengan tiramisu cik bunga.. sape cik bunga tu..haa.. sy la.. hihi.. tetiba malam tu terfikir nak letak cik bunga sebab ptg tu sibuk duk buat bunga dr kertas tisu sbb nk hias gerai kan..petang selasa pas blk keje terus buat tiramisu kastard tu.. jenuh la nk makan semua juadah semalam.. macam2 ada.. tomyam gerudi, rojak buah, cendol, yong tau fu, dessert, lemang n rendang, nasi hujan panas yg sy x makan langsung sbb dh full tank, bihun sup sedap, kuih talam, buah2an, n bukan setakat kuah durian, buah durian pun ada.. fuhhh.. memang tak termakan la semuanya sekali.. yg tak makan lagi tapau bawa balik..hihi.. memang berlebih semuanya.. bila dh tapau licinnnn.. Alhamdulillah..

GMP's wefie.. thn ni xmo lebih2..takut tragedy tahun lpas berulang iaitu sy accident blk dr keje which is hr tu ada jamuan raya di ofis.. Alhamdulillah xde apa2 yg berlaku..huhu.. skrg drive pun dh ok cuma kat simpang tu je ada nervous sikit..
ni antara gerai yang ada.. yg tengah tu gerai aiskrim dpt no 2 n gambar kanan atas tempat pertama.. tapi memang meriah tahun ni.. tetamu jemputan pun ramai yang datang..
ni gerai kami..walaupun x menang tp puas hati sebab ada effort..4 ketui tu la antara org belakang tabir.. ate mana nak menang orang lain konsep raya kami konsep garden+sport day..haha..xpe la..yang penting makanan sedap n habis..

GMP's raya berempat.. kebetulan 3 orang biru semalam.. tapi ada kelainan sebab ada baby dlm perut mak wan..=)
kami kalau tak posing bukan kami le tu..hihi

Cerita Hari Raya

Assalammualaikum..

Selamat hari raya lagi..orang lain dah post sampai 4, 5 Syawal kite baru nk post pasal raya..hihi.. tuan Tanah xde mood nak cite sebenornya.. raya cam biasa je..tak da yang spesel pun.. saya x buat open house pun..tp bukan bermaksud tak bagi orang datang.. dak aihh..mai la..kabo je nak dtg bila.. awok masak..ok.. pintu rumah sentiasa bersedia untuk dibuka..yg penting kalau boleh bagitau dulu na.hihi..

raya thn ni mak su happy sebab one of ank sedara ckp "pak su bertuah dapat mak su" kenapa.. "sebab maksu comeiii".. ok jgn ada yg muntah hijo ek..

mak n abah..kite wefie sikit..haha
 
raya thn ni masih berdua.. xpe..kan dh biasa..huhu...still kena senyum...
syawal ni juga birthday sy..thn lepas dlm bulan puasa.. terima kasih mak n abah sebab menjaga sy dr sebelum lahir smpai skrg.. mmg tak terbalas tetapi akan cuba yang terbaik.. sy ni lahir ikut tingkap..huhu.. so skrg nmpk tak sy ikut sape.. hihi..

aktiviti biasa di pagi syawal..beratur2..hihi
ok smpai sini je la..nk sambung cite raya kat ofis lak... 

Tuesday, July 14, 2015

Salam Syawal 1436H dengan konsep "tadah telinga murahkan senyuman"

Assalammualaikum..

Alhamdulillah dapat lagi merasa ramadhan tahun ni.. Inshaa Allah smpai penghujung nanti.. Lama x menulis blog ni atas faktor ke'bz'an dan kemalasan..huhu.. Tak lama lagi nak raya dah.. Mood hari ni nak dengar lagu raya je sebab esk dh start cuti raya..yeayyy.. Macam nk blk kampong jauh ek.. padahal kampong dalam Ipoh je.. hihi.. Cuti awal nak kemas rumah n nk buat biskut cornflakes yang tak siap lagi tu..huuu..
 
Raya 2015 masih lagi berdua.. Tiada perkembangan.. masih sama.. berat pun tak nak naik.. huu.. so ramadhan n raya thn ni masih sama.. persiapan pun biasa2 je.. menu berbuka pun biasa2 je.. macam makan malam selalu.. kadang2 buat cucur je..masak ringkas2 je.. dan juga ke param (pasar ramadhan)..=p
 
Buat ttc macam mn nak menghadapi raya tahun ni..dah bersedia ke dengan soalan bonus tiap2 tahun kuar.. kira soalan bocor la..hihi.. so pada saya tadah je telinga murahkan dengan senyuman.. Ada yang share kalau org tanya psl soalan bonus tu, tanya kat dia balik 'agak2 awak bila nk mati?'.. Tapi sanggup ke nak ckp cenggitu.. lepas dlm hati je la..kat luar senyum je la.. biar apa yang kuar dari mulut kita tidak menyakitkan hati org lain.. so kita dapat markah bonus kan...haa.. tu tips die nak dpt markah bonus ek..hihi.. Tapi soalan2 mcm ni la yang kadang2 buat sy malas nak kuar rmh.. jumpa sedara, kengkawan.. tp smpai bila nk camni kan.. so kena kuatkan hati.. Tapi bukan TTCian je.. ramai lagi kat luar sana yang kena soalan bocor yang lain.. Cara nak ubatkan hati yang terluka dek soalan tersebut adlh dengan tingkatkn lagi kesyukuran kita atas rezeki yang kita dah dapat sebelum ni.. Apa pun moga TTCian semua dicekalkan hati n moga ada rezeki untuk kita nanti..
 
ok la.. selamat hari raya aidilfitri semua.. semoga ramadhan kali ni menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik.. Minta maaf jika ada tersalah bahasa, tersalah kata, tersalah faham ayat2 di blog saya ni.. Ok jumpa lagi next post maybe tentang raya..(kalau ada)..hihi..
 
sumber: imuslimshop

Wednesday, May 6, 2015

::Daulat Tuanku::

Assalammualaikum..

Hari ini 6 Mei 2015 dalam sejarah khusus kepada negeri Perak dengan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke-35 iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.. Sebagai rakyat Perak rasa berbangga kerana mempunyai sultan yang berjiwa rakyat, sangat berpengetahuan dan bersederhana dalam segala hal yg sepatut dicontohi oleh setiap pemimpin dalam negara kita..=) 

DYMM Raja Permaisuri Perak Tengku Zara Salim juga sangatlah cantik.. Putera puteri sultan perak pun sangatlah comel.. Tonton di tv3 pg td mereka menggelarkan sultan kami as "handsome couple".. Sama segak sama cantik gitewww...hihi..

Ok tu je nk cite buat peringatan sendiri.. Daaa...

Friday, April 10, 2015

sakitnya tuh di sini...

Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku... haa.. bukan nk nyanyi tapi lirik ni memang sesuai sangat la.. sakit rasanya hati ni bagai dicarik2.. Luahkan kat blog je la lagi pun bukan rmai yang baca pun ntah2 xde..hihi...
 
sumber gambar: mr google
 
Sebenarnya sakit hati sebab situasi di tempat kerja..kenapa perlu membeza-bezakan antara pekerja.. Masalahnya bukan membezakan individu tetapi secara keseluruhan.. fuhh.. Tempat kerja sy sekarang memang telah dibahagikan mengikut bahagian masing2. Katakan kami dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C.. Katakan sy sekarang di bahagian C.. Bahagian kami, C memang kekurangan kakitangan so kami memang membantu seksyen lain untuk selesaikan kerja yang memang ada time frame die.. Apa yang saya terasa hati dan mempertikaikan juga apabila terdapat kata-kata dari orang atasan yang mengatakan mereka yang bekerja di bahagian A dan B tidak boleh ditukarkan ke bahagian kami C kerana mereka SANGAT EXCELLENT.. SO maksudnya kami yang duduk di bahagian C semua yang tak pandai keje la.. sakit sangat hati bila seorang yang berpangkat tinggi boleh mengeluarkan statement macam tu.. secara tidak langsung motivasi saya untuk kerja memang drop.. dan itu adalah statement ke-2 dari pegawai yang sama.. Statement pertama tu dh hilang dh rasa sakit tu tapi parutnya still ada.. ni dengar statement kali kedua lak rasa macam dh kritikal dh ni..
 
Ntah la sekarang ni saya tengok memang susah nak jumpa leader yang BETUL2 LEADER.. kebanyakan 'ketua' yang ada banyak menggunakan konsep 'boss' daripada 'leader'.
 
http://visual.ly/difference-between-boss-and-leader
sumber: sila klik pada gambar
 
k tu je nak luah..k bye..
 
T_T

Wednesday, April 1, 2015

Personalised Photobook murah by Groupon with Iphotobook

Assalammualaikum n salam GST..

Hari ni 1 April 2015 memberi sejarah baru dengan implementation of GST.. tp bukan tu sy nak cerita.. Nak habaq mai pasai photobook ni.. Rentetan dari gambar outdoor konvo USM hari tu memang dah berhajat nak buat photobook je.. mula2 ingt nk upah orang je.. kerja senang kan.. tapi lepas dh tau cara die saya buat sendiri je la.. So caranya camni:-
 
  • Rajinkan diri meng'google' deals kat Groupon ke, ensogo ke, qoo10 ke.. Ni untuk dapat harga yang murah la..
Saya beli deals kat Groupon untuk hardcover photo book (8"x11"/ 40 pages) dengan harga RM35.00 (postage RM10 bayar pada supplier semasa order kemudian). Kira murah la harga tu.. Harga biasa dalam RM1++ camtu.. kat deals pun korang boleh pilih n banding deals mana yang paling murah. yang saya punya ni saya buat kat Iphotobook..
 
So lepas dah beli deals kat Groupon korang boleh install software untuk buat photobook dekat Iphotobook atau secara ringkasnya korang ikut je method yang diorang dah bagi masa beli deals tu.. hihi..
 
masa dapat.. tak sangka cepat gak proses lepas hantar order..
 
  • Lepas dh download software bolehlah korang personalized album korang..ikut le nak susun camne..nak buh ayat apa.. dh siap hntr order..
cover depan..
 
  • Nampak senang tapi nak menyusun gambar bagi cantik n kemas tu yang amik masa..
 
  • Jangan lupa, deals ni ada tempoh tau.. make sure korang hantar order mengikut tempoh yang ditetapkan.. Saya hari tu dah terlepas satu deals photobook jugak tapi free..huhu..bz sgt koje smpai terlepas tempoh deals..rugi2..huhu..
ni cover belakang photobook..
Sempena gst, kenaikan harga barang semua ni, kite kena pandai memilih yang murah n berkualiti..=) Kuasa membeli di tangan anda..hihihi...
 
ok bye!!