Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Wednesday, February 16, 2011

1st time::sizzling mee::

Satu projek telak dilaksanakan pada cuti Maulidul Rasul dan juga projek yang merangkap tak dapat pegi Putrajaya iaitu masak sizzling mee...Resepi ni dapat dari kak ros yang merupakan salah seorang kakak kat seksyen tempat keje ni ha...senang sangat nak buat..tapi tak bleh la kalau teringin terus nak buat terus nak makan time tu gak.. sebabnya... cendawan tu kena rendam semalaman.. Lepas tu air cendawan tu la buat kuah sizzling.. So pasni tak yah dah gi JJ atau GM nak makan sizzling sebab dah boleh buat sendiri.. "Kenapa perlu beli kalau boleh buat sendiri"...bak kata Chef Dani dalam cite Tiramisu tu..hehe.. Di sini saya kongsikan resepi tu yerk.. Sharing is caring kan.. hehe..


Bahan-bahan:


cendawan cina (yg kering tu..)

ayam kicap manis (cap kipas udang) - recommended sos tiram

tepung jagung (dibancuh dengan air)

air

Bawang merah + bawang putih + halia (dikisar)

yee mee (direbus)

Cara-cara memasak:





    1. Cendawan perlu direndam semalaman.


    2. Tapis air cendawan pastu masakkan atas api..(mesti la atas api kan..huhu)


    3. Cendawan dihiris halus


    4. Tumis bahan yang dikisar

    5. Masukkan bahan tumis ke dalam air cendawan tadi

    6. Masukkan cendawan + ayam

    7. Masukkan kicap + sos tiram

    8. Last skali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

    Mesti korang tanya pasal kuantiti kan.. teman idok le pandai nak cakap kuantiti sebenarnya banyak mana..sebab main masuk je.. Agak-agak je la kan.. Cendawan cina tu beli kat tesco je pek yang kecik..tu pun x guna habis.. Bleh la makan 6 orang dewasa 2 orang dak kecik..hehe..

    semalam dah buat kali yang kedua..lebih pekat lebih memikat..hehe.. jangan lupa makan dengan sambal kicap.. K la selamat mencuba..


    hehe..