Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Wednesday, July 31, 2013

::ALHAMDULILLAH::

Assalammualaikum n salam ramadhan ke-22 hari ini..

Terharu hari ni n pagi2 dah buat sy nanges.. Tapi ini bukan cerita sedih.. Syukur sangat hari ni sebab tak sangka Allah makbulkan permintaan saya.. Hari ni 31 Julai bukan sahaja bantuan khas dah masuk tapi juga hari ini dah keluar result full untuk exam hari tu.. Alhamdulillah memang tak sangka sangat dapat result hari ni.. Akhirnya dapat juga saya merasa..hehe.. Nak tau apa dia bleh refer cerita tentang intensif tahun 3 (nape x bleh buat link ni..menci).. Terima kasih kepada rakan2 seperjuangan yang membantu sepanjan tahun 3 n terima kasih juga atas doa2 kalian yang mengharapkan saya dapat result seperti hari ini..

Tips untuk hari ini:
# Apa sahaja yang orang lain katakan demi kebaikan kita, kita AMIN kan je.. kerana ia juga merupakan doa buat kita..

Untuk rezeki satu lg sy sabar menanti... Allah Maha Mendengar kan..=)



Monday, July 29, 2013

::Dalam Kenangan dan Buat TTCian::

Assalammualaikum..

hari ini 20 Ramadhan dan tadi jiran selang sebuah rumah meninggal.. lepas ni tiada lagi bunyi hon motor n panggilan 'nadia' setiap pagi.. Arwah pak cik ni dari kecik suka panggil nama saya n kalau ada kakak saya dia akan panggil 'boolat'.. sampai la saya dah kawen tiap2 pg klu nak pegi keje terserempak ngan dia mesti dia panggil.. Tapi itu semua tinggal kenangan sahaja.. semoga arwah ditepatkan di kalangan orang beriman..

O.k sambung cerita ke-2.. sejak 2 menjak 3 menjak ni hati ni sensitif sangat.. Tapi bila baca blog2 dr TTCian yang lain terubat sikit hati ni.. antaranya dr blog Mrs ARK .. Saya share kan disini ye..

Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat~


1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

*Nota - Allah knows best!

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu"

*Nota - Syukur. Cari apa yang Allah berikan pada kita.

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

*Nota - What you focus will expand! Lagi fokus pada takde zuriat, lagi takde zuriat.

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

8) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini


9) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan


10) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah


11) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu


12) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'


13) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik


14) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.


15) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.


16) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita


17) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka


18) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini

Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik


19) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin


20) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita


21) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"


22) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar


23) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan


24) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin


25) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin


26) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)


27) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))


SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!



****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~


Ramai lak yg beraya dgn baby baru raya ni..tu yg terasa ht ckit tu.. semoga sy mjadi lbh kuat.. n hanya ant TTC shj yg fham perasaan org2 mcm sy.. n really need support.. jgn la slhkn sy.. tu yg buat sy down lg..

Ok la.. smpai cni je la.. mood buat kuih raya xda langsung la tahun ni.. sedih...

O.k la byeee..

Friday, July 26, 2013

::terima kasih::

Assalammualaikum..

Hari ni 26 julai (jumaat) selain menyambut nuzul Al-Quran hr ini juga adlh birthday sy.. happy birthday to me!!!..alhamdulillah masih dberi peluang oleh Allah dan masih memperbaiki diri agar lebih baik.. umur yg ada kini merupakan BAKI sahaja seperti kata seorg ustaz yg memberi ceramah di ofis mggu lepas.. tahun ini merupakn thn ke-2 birthday sy pd bulan ramadhan.. terima kasih pd rakan2 yg wish di fb.. walaupun fb tu yg remind tetapi setiap satu ucapan mampu memberi senyuman..=) terima kasih juga ats doa kalian.. surprise untk sy..emm xde pun.. haha.. teringin nk rasa dr ini di 'surprise'kan..berangan...=p xpe berangan tu kan percuma bak kata kak fynn jamal..hihi..

Ok smpai sini sahaja..terima kasih sekali lg..

Wednesday, July 17, 2013

::Cerita 3 dalam 1::

Assalammualaikum n salam Ramadhan..

Sebulan lebih owner blog ni menyepi selepas habis exam sambung lak ngan komitmen kerja luar lak.. Dah habis kerja luar masuk opis kena siapkan report lak..bagi due 1 minggu.. sekarang ni baru la ada kelapangan sedikit..Kiranya kali ni cerita yang dah lama 'diperam' la..

Kita mula dengan cerita pertama:-

1:Exam Tahun Tiga
Exam bagi tahun tiga yang bermula 7 hingga 19 Jun sangat2 menguji.. Tahun ni memang macam susah sikit.. Study memang sampai tengah malam, pagi esoknya.. Tido pun bape jam je.. Ni disebabkan study last minute la ni.. so terima la akibatnya..huhu.. Makin lama makin meningkat 'M' itu.. Tapi alhamdulillah semalam 16 Julai dah keluar result provisional a.k.a result tak rasmi.. hanya tahu lulus atau lulus bersyarat bagi setiap subjek.. Kalau lulus bersyarat (*) tu yang bagi masalah sikit sama ada biarkan atau ambil semula paper tu.. Result saya, alhamdulillah semua lulus.. takut gak sebelum tu kut2 ade * kan dah study last minute.. Tunggu 31 Julai ni untuk keputusan penuh.. Semoga pointer naik la sikit..huhu

O.k habis cerita pasal exam..

2: Jalan-jalan @ Felda Residence Hot Springs, Sungkai
28 Jun saya n mr. husband bercuti di Felda Residence. sebenarnya plan ni lama dah.. hotel pun dah booking masa Matta Fair bulan April lepas. Sepatutnya plan nak pergi bulan Mei tapi disebabkan komitmen kerja tangguhkan dulu. Pastu bulan Jun lak sibuk ngan exam so after exam curi la masa jugak sebab dah due promotion tu sampai hujung bulan Jun je. Kawasan die best cuma kena masuk ke dalam sikit.. sepanjang perjalanan tu memang ladang kelapa sawit je la.. Hari pertama akiviti adalah pergi 'SPA VILLA' untuk berurut n scrub badan. Mr. husband blanje..hehe.. O.k ini cerita yang 'memalukan'..huhu. mana tak nye 1st time nak berurut dengan scrub tu..haiyaaaa..maluuuuuuuu... tak nak buat dah..boleh.. hehe.. Tapi ok la.. Ada pelbagai jenis urut tapi saya pilih urut tradisional melayu.. Kalau urut je RM90.. Total x ingat sebab dah lama..huhu.. Malam pula ktorang makan kat dalam tu jugak.. sedap jugak.. ye la nak makan luar jauh kut..

Next day ktorang gi berendam la.. Pas bekpes kemas beg siap2 pastu jalan kaki ke waterpark.. waterpark die kecil je tapi ok la.. yang bestnye ada kolam air panas tu.. so untuk hasil yang terbaik, start mandi air sejuk dulu pastu rendam kaki dalam kolam air panas n last skali berendam dalam kolam air panas, sumber pegawai kat felda tu n sorry lupe lak nama die sbb dah lama jugak. Daripada pegawai tu jugak dapat la ktorang merasa 'masker' semulajadi a.k.a alga dari kolam air panas tu.. Ambil alga atau lumut yang warna hijau atas batu tu pastu gosok2 atas tapak tangan sampai keluar air warna hijau n lepas tu sapu la kat muka.. Best jugak n testimoni muka mr.husband tidak berminyak..hehe.. Kalau korang datang sini leh la cuba buat TAPIIII jangan ambil lumut kat tempat yang x sepatutnya lak.. nanti lain lak hasilnya..huhu.. Ktorang pun x lepaskan peluang untuk rebus telur dalam kolam air panas ni.. ktorang buat telur 1/2 masak..

jalan masuk ke felda residence


close up sikit rupa alga tu..

jadi model lak..hiks

nanti boleh datang lagi...

3: Buah hati mak su yang ke-10 (silap daa...yg ke-11)
O.k next cerita pasal anak buah yang ke-10 11 ye..silap.. maksu dh poning..huhu baru lahir bulan Jun lalu. Disebabkan mak su nye busy ngan exam so balik cuti dari Felda Residence tu terus ke Putrajaya melawat Qaisara Izz Qaseh namanya. Malam tu ingat nak pergi bawa anak buah yang lain tu gi jenjalan kat Pesta Bunga kat Putrajaya tu.. dah sampai dah cuma nak cari parking je susah sikit.. banyak tul kete n dah dapat satu parking skali ade orang curi lak parking tu.. Haihhh memang bengang sangat la kan ngan orang camni.. Semua orang penat cari parking tapi jangan la sampai curi parking.. ktorang dah siap bagi signal dah cuma nak reverse masuk 'bontot' (kete ok) je, bleh lak die masuk terus.. Tak bagus la sikap macam ni. terus rosak mood n ktorang decide balik je la sebab parking memang susah. last2 singgah kedai blanja anak buah makan ais krim je..emmm...


nama saya Qaisara Izz Qaseh..

buah hati maksu ke-11

o.k tu je la cerita yang tergendala.. selamat berpuasa semuanya.. Nanti kita tengok blog ni ada x update kuih raya buatan sendiri ke x..=)