Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Thursday, December 23, 2010

::tik..tok..tik..tok::

assalammualaikum n salam sejahtera..kembali untuk membersihkan sawang-sawang dan habuk-habuk yang ada..:p al maklum la sebelum ni sibuk ngan study, assignment, exam x sempat nk update blog.. dah habis kisah pasal study sekarang duk busy ngan kenduri lak nnt.. ohh tidak..lg 7 hari je lagi boleh bergelar 'cik'..huhu.. kalau tanya perasaan sekarang ni lebih kepada risau.. risau sebab lepas ni tanggungjawab lagi besar n xtau bleh ke tak nk melaksanakan tanggungjawab sume tu.. tapi apa pun x boleh nak melarikan diri gak..sebab dalam kehidupan kita kene hadapi je apa yang menimpa kita setiap detik kan.. terutama pada perkara yang di luar jangkaan camne nak elakkan..so tempuh je la. hopefully dapat tempuh dengan hati yang tenang, baik, teratur dan semoga ditunjukkan jalan yang terbaik dariNya..

Saturday, November 6, 2010

::emosi tak stabil::

errmmmm.... ..... la. ..... tak ...... la. ...... ...... .... ...., .... ......
pastu ..... .... ..... ........... ada ....... .... .. tapi ... ... la ... .... .........
........ ... ... .... huhu... ... ... ..... kan ... .. ...... .... ... so .... .... ... la
... ... ..... ke ... .... .... .... Emm.. .. .. ..... ada .... ....... kan ..... ... ...
la ......... .... .... Nak .... .... ... ..... .... pun ... ...... ... .. la ...... je la
....... ........ ni. ..... k.

Wednesday, September 8, 2010

30::about 'princess'::



  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sbb tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

  4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, hatinya akan cair.

  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tdk tahu macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sbb ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

  8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri drpd kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

  10. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.

  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberi respon +ve, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik shj ganggang diletak dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10 minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

  15. Jika seorang wanita memberi 1001 alasan setiap kali kamu ajak dia keluar, tinggalkan dia sbb dia memang tak berminat dengan kamu.

  16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

  17. Jangan sesekali menganggak apa yang dirasakannya. Tanya die sendiri!!

  18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajin menyelak buku-buku cinta.

  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

  22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak 'tackle' kawan mereka yang paling cantik.

  25. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

  26. Senjata wanita adalah air mata.

  27. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

  28. Wanita mudah jatuh hati kepada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

  29. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

  30. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur, dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

    Panjang sungguh post kali ni..:p
    Kesimpulannya, apa pun yang dilakukan biarlah ikhlas dan menjaga batasan-batasannya..k..

Monday, July 19, 2010

::bila hati berbicara::

Jika dibaca daripada awal tu macam puitis je kan ayat-ayat cik risma ni..mesti dalam hati korang berbisik 'pandai juga cik risma ni berpuitis yerk'..emmm... tapi masuk rangkap ke-2 tu korang mesti cam ragu-ragu je kan..jauh di sudut hati korang mesti cakap 'boleh percaya ke risma ni'.. korang x caye ke yang cik risma ni boleh berpuitis...tapi masuk je rangkap ke-3, rasanya ramai yang akan cakap 'ha...confirm..........dari lirik lagu ni'...haha..betul la tu.. combination of 2 lyrics.. which song??? find by urself ..k...ni lah hasilnye dari waktu-waktu yang terluang...(^*,)v


Wednesday, July 14, 2010

::xpdc Gunung Berembun::

Tarikh: 10 Julai 2010 (Sabtu)

Tempat: Gunung Berembun, Cameron Highlands


Satu xpdc mendaki gunung telah diadakan seperti tarikh dan tempat di atas anjuran KESUKAP Jabatan Audit. Katanya ni adalah aktiviti yang dijalankan selepas beberapa tahun kelab ini ditubuhkan...emm...Apa pun, perjalanan bermula dengan berkumpul di ofis kul 7 pagi katanya.. Tapi macam biasa la, janji orang-orang kite ni mesti la x 'on time' kan...Dalam jadual akan mendaki kul 10 pagi tapi rasanya kul 11 pagi baru mula rasanya..


Apa yang best sepanjang pendakian ni selain sakit kaki yang berpanjangan..huhu..enjoy la menikmati keindahan alam. Kita orang pun dapat rasa sume cuaca dari sejuk ke panas pastu sejuk balik pastu terus hujan..so pendakian gunung bukan setakat berembun tapi berkuyup terus..:p tapi best gak sebab dah lama x mandi hujan kan...hehe


Walau bagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku..Alhamdulillah..semua pun sampai dengan selamat walaupun pukul 11 malam lebih baru sampai..sampai sini je la citenye.. so cam biasa..enjoy da show!!!..(^*,)v


Monday, June 28, 2010

::cuci mata::

salam pembuka bicara..huhu..baik sikit sebab hati ngah hancur retak seperti cermin belakang kereta kecilku..huhu...ye..betul cermin kete belakang aku retak pecah..gara-gara terkena batu bila abah ngah mesin rumput..huhu...

Tapi sebenarnya lebih sedih lagi bila insan yang diharapkan tiada..emm...entah la..menghilangkan diri kut...so sendiri-sendiri la tanggung kesedihan ni...tapi aku ni pun satu..cam tak biasa...sebelum ni pun sorang-sorang gak hadapi sumenya..

Apa lak kena-mengena cuci mata ngan cite kat atas ni...emm..cuci mata maksudnya..mata yang berkaca-kaca yang akhirnya jatuh gugur ke bumi..huhu...berpuitis lak...kan kalau nangis ni bleh cuci mata...kan...tapi ok gak sebab dah lama tak cuci mata camni..

Tak tau la nape banyak sangat dugaan n cubaan yang menimpa bulan ni..Tak tau la atas alasan apa dan hikmah disebalik sume yang berlaku..Hanya Dia yang tahu apa sebabnya dan apa yang akan berlaku selepas ni..Apa yang diharapkan moga aku diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala dugaan yang menimpa..serta diberi cara atau jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi...Amin.....

Monday, June 21, 2010

~resepsi tuaNPuteri~

Tarikh: 10&11 Jun 2010 (Bota)
19 Jun 2010 (Kelantan)
Tepat 9.58 malam pada 10 Jun 2010 maka cik puteri kite telah bergelar 'puan' kepada Tuan Amri...Akad nikah diadakan di Baitul Surur dan diwalikan oleh adik puteri sendiri... warna biru lembut menjadi pilihan tuan dan puteri untuk majlis nikah mereka. Manakala warna grey menjadi pilihan untuk resepsi pada 11 Jun..Majlis sangat meriah dengan kehadiran saudara-mara, rakan taulan dan jiran tetangga. Kenduri di Bota ni sangat dingin..sebabnye hujan..malam nikah dan hari kenduri pun hujan...Walaupun hujan, majlis masih lagi meriah dan sumenye berjalan ngan lancar..Lupa lak nak cite...puteri ni sepupu kite...:p

Pada 19 Jun lak kenduri di pihak lelaki lak kat Kelantan..Kami bertolak dari ipoh ikut jalan Cameron Highland pada pagi 18 Jun..Terasa jauh betul perjalanan..Al-maklum la.. ni la paling jauh teman drive..dengan memandu kete kecilku si suria tu terasa sangat lah mencabar perjalanan ke kelantan ni...naikkkkkkkkk bukit.....pastu turunnnnnnn..pastu naik balik....ngan jalan yang penuh ngan selekoh....fuhhhh....sabo je le...huhu..

Apa pun sampai je Kelantan terus gi homestay, tempat tuk tido malam nanti...tak sampai satu jam rasanye keluar balik ngan niat sume orang tuk g shopping...biasa la bila samapai kelantan kan...tapi sebelum jalan-jalan, perut kena la isi dulu kan..hehe...so kitaorang dibawa makan kat nasi kukus...sangat sedapppppp...yang bestnye ayam goreng die...sodap...
Pas makan ktorang pegi jalan-jalan kat Wakaf Che Yeh..suasana kat sini lebih kurang cam uptown la...Maka bermula la sesi 'shoping menyoping'..Mak-mak, ayah-ayah sume borong kain batik...tapi memang murah la gak...sian tuan kedai kedai tu pening melayan ktorang yang mintak tawar harga lagi...hehe..

19 Jun (Sabtu), lebih kurang kul 1 lebih ktorang pun bergerak la ke rumah tuan...nk cite kat cni, adat kat sana lain sikit dari kite kat perak...kat sana, kalau sambut menantu pihak perempuan akan datang ke rumah diorang kire cam kite kat sini, kalau sambut menantu pengantin lelaki n pengantin perempuan akan jalan sama-sama ke rumah pengantin lelaki kan...tapi kat sana pengantin lelaki akan tunggu kat rumah manakala pengantin perempuan ngan keluarga akan ke rumah pihak lelaki...agak-agak korang faham tak mesej nak disampaikan ni..huhu...kalau tak faham pun buat-buat faham je la ek...:p


So, habis je mengisi perut yang sedang rancak berbunyi, perjalanan diteruskan lagi ke...... Rantau Panjang...ingatkan dekat la rupa-rupanye...jauh gak...nasib abah yang drive..dapat la cek ni tido jap sebab balik nanti cek yang kena drive...sampai rantau panjang pun dh petang...kedai pun nak tutup dah..xda apa yang nak shoping sangat...beli beras pulut, asam jawa, gula melaka, keropok pedas dan yang sewaktu ngan nye lah...:p

Maka perjalanan yang mencabar bermula kembali tuk balik ke ipoh..kali ni ikut grik lak...huhu... xtau la nak cita lagu mana...bagi cek yang 1st time bawa jauh ni sangat lah mencabar ngan keadaan jalan yang banyak selekoh, nak memotong lori lagi pastu nak mengejar si 'unser' n si 'vios' dengan kete kecil ku itu...fuhhhhhhhh....Tapi lepas je dari grik jalan pun dah ok, aku angkat bendera putih la....melepaskan 'unser' n 'vios' pecut laju di depan...sebabnye kepala pun dah rasa melayang-layang...kang pecut kang takut xleh control lak...banyak nyawa yang kena jaga dalam kete ku itu....huhu..
Apa pun kul 1.30 pagi sampai la di ipoh dengan selamatnye...Alhamdulillah....memang ngam2 sampai ipoh gak minyak keta sudah merah...nasib baik...duk cari gak stesen minyak sepanjang jalan sebelum sampai ipoh...tapi xde gak..al-maklum la ikut jalan kampung pastu dah tengah malam...risau gak time tu...tapi ok la dah selamat yerk..

Dah panjang-panjang cite ni, antara faham atau tak..korang tgk la gambar yang ado ni....orait...

~ragam cik puan puteri~


~tuan VS puteri~


Nak upload gambar banyak sangat, so korang tengok video ni je la ek...selamat menonton..:p

Tuesday, June 15, 2010

::student again::

yea....belajar lagi...
besh...besh....memang tu la yang diimpikan...
tapi dalam best..best ni terselit juga kerisauan dalam diri ni..
macam-macam difikirkan..al-maklum la...keje sambil belajar ni..
belajar pun lebih pada effort sendiri...
kalau kurang effort nye kurang gak la hasilnye..
dari segi masa pun kena pandai adjust dan bahagikan masa...
tapi tu la, sebelum study pun balik keje kadang-kadang terus tido je..haha kantoiii lak...huhu
ni nak study ngan nak siapkan tugasan lagi..huhu...kena disiplinkan diri ni!!!..
tu belum masuk bab nak kawen ni...aduhai...kalau difikirkan sangat confirm....apa pun x jadi..
dalam duk fikir camne nak atasi kerisauan ni..maka beberapa langkah perlu diambil, antaranya:
  • atur jadual - time keje kite keje, klu xde keje curi2 wat assignment.. jaga2 jangan sampai terkantoi ngan bos...huhu

  • disiplinkan diri ngan masa - terutama sekali masa kat rumah...masa tuk berjoli no kena la kurangkan...huwaaaaa (T_T)..ishk..ishk..

  • makan vitamin - haaa...ni penting untuk kekalkan stamina...tapi ni la yang den tak suko makan...adoyaiii...

  • support/ sokongan - aspek paling penting sekali...diulang..P.E.N.T.I.N.G..hehe.. mesti la penting..orang-orang disekeliling ni juga merupakan faktor-faktor yang boleh mendorong kite tuk beri semangat juga boleh menyebabkan kite ni malas nak study..tu pun boleh gak jadi..kena jaga-jaga tu...emmm...

  • doa - apa pun yang dibuat dalam seharian perlu disusuli dengan doa..kerana hanya DIA akan memakbulkan segalanya...

buat masa ni..tu je la yang terfikir..hopefully dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.. chaiyokkk risma!!!!...(^^,)v~~~


Monday, April 26, 2010

::sweet 15 feb 2010::

lama sudah tidak meng'update' blog ku ini..
hampir2 bersarang gak la..huhu..
disebabkan kesibukan dan pelbagai hal yg berlaku
maka peristiwa bulan februari, bulan april baru nk cite..
nak wat camne kan..nk tulis blog pun kena ada mood..
kalau tak, xda idea nk kaborkan ape kat blog ni..hehe

Maka,
secara rasminya pada 15 februari 2010
saya telah pun menjadi tunangan orang..(^^,)
jadi sume leh la tgk cerita2 disebalik hari tersebut
melalui video ini yerk..

~selamat menonton~