Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Monday, July 25, 2011

::story of sanggu & muffin::

Assalammualaikum n selamat sejahtera..

Wahh..cam tak caye je.. 2x post dalam satu hari.. Ok la ni bagi m'cover' balik sebelum-sebelum ni.. Nak tengok cite pendek tak.. Nak ke tak nak ke kalau dah buka blog ni kena juga la yerk..hehe.. ok la.. the story of sanggu and muffin is begin...



Gambar tu sebagai hiasan je.. Cite sebenarnya adalah tentang muffin bluberry yang akhirnya jadi jugak teman buat.. ni sebab tergoda tengok muffin kak izzah le ni.. so resepi ni pun di ambil dari dapur kak izzah.. tq k.izzah yerk..sodap ni ha... saya kongsikan resepi di sini pula ye...



BLUEBERRY FILLED MUFFIN

source: justbestrecipes

dari: kak izzah


125 gm mentega

1 1/2 cwn gula kastor

4 biji telur

1 sk vanilla essence

3 cwn tepung

2 sk baking powder

1/2 sk garam

1/2 sk parutan lemon *optional (ris tak guna sbb xda)

1 cwn buttermilk

blueberry filling secukupnya

*buttermilk: 1 cwn susu segar + 1 sb lemon jus(ganti ngan jus limau kasturi ahaks..). Bancuhkan keduanya dan biar beberapa minit hingga menjadi pekat.


Caranya:


Pukul butter dan gula sehingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.

Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.

Tepung diayak bersama baking powder dan garam.

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.

Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter.

Bukan pukul dengan mixer ye.

Bila semua bahan sudah sebati bolehlah diceduk kedalam muffin cup.

Diingatkan jangan overmix adunan tadi.

Cedukkan sedikit adunan muffin, kemudian isikan filling bluberry dan tutup balik dengan adunan muffin sepenuh 3/4 cup.

Bakar pada suhu 180 C slma 25 minit.


Selamat bermuffin.....daaaaaaaaaaaa

::bzbzbzbzbz::

Assalammualaikum....

Lama benor rasanya tak m'update' blog ni.. bukannya tak teringat.. selalu gak menjenguk blog sendiri tapi tak da mood lak nk menaip..banyak cite tersimpan je..huhu.. Biasa la kalau dah keje luar ni, balik je mesti penat.. asyik tengok nombor je pulak tu.. hadoiii.. dah balik opis kena wat report lak.. Tambah lak ngan keje-keje sampingan yang tertunda tu... Ponat-ponat.. sebab tu la ambik cuti hari ni.. nak rehatkan minda.. Tapi tu la.. cuti pun masih lagi dapat mesej pasal keje..x nyempat-nyempat.. esok teman ade le kat opis balik.. Baru cuti sehari itu pun lepas berbulan-bulan tak ambil cuti...haisssshhhh.. sabo je le...

Sampai sini je la celoteh teman... ingat nak buat mapin petang ni.. Kita tunggu n lihat jadi ke idok mapin ku itu..hehe.. dadaaaaaaaa.....