Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Monday, September 19, 2011

::dating@tempat sejuk::

Assalammualaikum..

Selamat menyambut 25 Syawal..hehe.. Kali ni nk cite tentang tempat sejuk yang kami gi dating.. "Kami" ni saya ngan hubby je la... ni adalah 1st time gi cuti berdua.. Orang omputih cakap apa tu.. ala.. honey moon..hehe... Kalau orang melayu cakap gi bercuti je..:p.. Tempatnya dekat je.. Kira dekat la dari Ipoh ni.. Destinasinya adalah Cameron Highlands...

Kami menginap di Noraini Chalet.. Chalet ni terletak di Brinchang.. Kalau tengok dari luar macam sebuah rumah je.. Tapi dah masuk ke dalam, banyak tul biliknya... Ok la biliknya.. Ada dapur lagi.. Kalau pegi secara beramai-ramai a.k.a rombongan leh la sewa kat sini sebab ada dorm juga.. Rate ok jugak siap dapat diskaun lagi..hehe..







Tempat pertama yang kami pergi adalah Galeria Time Tunnel.. dekat sini tersimpan semua barang dolu2 punya...Jom layan gambar ye.. ngah tak de mood nak taip..huhu































ni sebahagian barang-barang terdapat di Time Tunnel.. yang kiri tu hiasan kat atas bumbung.. digantungnye tin2, mug, patung macam2 la digantung.. macam cantik la wat camtu..hehe.. kalau ade bilik stor ke bilik bertukang ke bleh la wat camni kut..kalau wat kat tempat makan pun cam ok je..hehe..

yang sebelah tu diletak di tepi dinding botol dan segala poster air minuman botol cam f&n, sprite, coca-cola..korang ingat tak fido dido..dulu kan femes kan..siap ngan baju fido dido..tapi masa tu saya kecik lagi..tengok kakak2 n abang le dok gile ngan fido dido ni..hehe..(menunjukkan saya mude ckit..:p)



yang bawah tu adalah jadual ujian ilmu hisab.. yang ni memang saya tak pernah guna n ini 1st time tengok benda ni..(lagi menunjukkan saya mude..hehe)





















Ni pulak adalah antara koleksi duit yang wujud kat Malaysia. yang saya tunjukkan di sini adalah duit yang tak pernah saya tengok..

Kalau tengok gambar kat bawah tu sebelah kiri yang berbentuk wang kertas, itu merupakan duit syiling tau bernilai 50 sen..emm... baru tau.. Kalau pegi bank negara ni mesti banyak lagi koleksi wang yang telah dikeluarkan ye.. dulu pergi lawatan sambil belajar kat Bank Negara masa sekolah rendah..zaman kanak-kanak riang.. so xda nak ambik tau sangat kan... sekarang dah besau dah tau guna duit baru la ambik perhatian koleksi2 macam ni..:p























Cer tengok kat gambar orang senyum nmpk gigi putih tu..ubat gigi Darlie.. Cer tengok lak slogan diorang tu..'Darkie is now Darlie'.. dalam konteks 'suka-suka' atau melawak, slogan die tu sesuai la ngan gambar tu..:p



yang lain-lain tu antara aksesori wanita zaman dulu2..tapi kini kuar balik pesen ni kan.. cume dimodenkan sikit.. pastu ade ic P.Ramlee ngan gambar family die diletakkan disini..



setakat ni je la dulu ek..nanti kalau saya rajin saya buat entry lagi ye..hehe..

bubye...