

BLUEBERRY FILLED MUFFIN
source: justbestrecipes
dari: kak izzah
125 gm mentega
1 1/2 cwn gula kastor
4 biji telur
1 sk vanilla essence
3 cwn tepung
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1/2 sk parutan lemon *optional (ris tak guna sbb xda)
1 cwn buttermilk
blueberry filling secukupnya
*buttermilk: 1 cwn susu segar + 1 sb lemon jus(ganti ngan jus limau kasturi ahaks..). Bancuhkan keduanya dan biar beberapa minit hingga menjadi pekat.
Caranya:
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.
Tepung diayak bersama baking powder dan garam.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.
Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter.
Bukan pukul dengan mixer ye.
Bila semua bahan sudah sebati bolehlah diceduk kedalam muffin cup.
Diingatkan jangan overmix adunan tadi.
Cedukkan sedikit adunan muffin, kemudian isikan filling bluberry dan tutup balik dengan adunan muffin sepenuh 3/4 cup.
Bakar pada suhu 180 C slma 25 minit.