Assalammualaikum..
Dah seminggu memulakan rutin seperti biasa.. terasa malas lak n rasa macam nak study full time je..hihi.. Selesai sudah intensif usm bagi sidang 2013/2014 yang hampir 4 minggu dan inshaaAllah intensif ini adalah intensif yang terakhir bagi mendapatkan pengijazahan.. doakan saya ye...=)
Cerita tentang intensif tahun ni secara kesimpulannya saya rasa intensif yang terbaik n sangat seronok.. Antara faktor keseronokkan tersebut adalah kerana banyak berjalan dan banyak aktiviti yang dibuat.. dah tahun akhir baru nak explore usm ni..hihi..jadi la daripada tak ada kan.. Tahun ni dapat desasiswa Indah Kembara.. Mula2 dapat bilik terkejut tengok sebab bilik tu bersepah n kotor.. budak full time x kemas n x ambil barang die.. menakutkan pun ada.. pastu tukar bilik ke-223.. mendaki tangga la jawabnya.. nasib tahun ni bawa beg hiking so xyah nak tarik2 bagai..sandang belakang je sonang...
Tahun ni sebagai pelajar tahun akhir a.k.a senior..hahahaha (gelak cara budak senior..).. kalau boleh nak hbiskan tahun ni dengan jayanya.. Lepas tu nak focus pada perkembangan family lak..hihi.. dan juga nak focus kepada minat saya yang dah lama tersimpan rapi tu..sebagai salah seorang pelajar batch 2010/2011 yang juga merupakan 1st batch mempunyai 136 mata kredit dan kami juga adalah bahan 'eksperimen' untuk menentukan sama ada pelajar yang mempunyai 136 mata kredit juga mampu menghabiskan tempoh pengajian dalam masa 4 tahun dengan jayanya atau tidak..kalau diikutkan sebenarnya memang berat n stress.. Stress bukan sebab banyak paper tapi sebab projek paper yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Projek paper tak ada exam n 4 mata kredit.. so kalau projek paper drop maka ia akan mempengaruhi CGPA nnt.. Untuk mereka yang berada di tahun 3 yang ambil JTW380 (Kaedah Penyelidikan), make sure korang pilih tajuk and buat betul2 lepas tu tahun 4 untuk projek paper just continue dengan tajuk tu... Ini akan mengurangkan tekanan anda..( pesanan senior).. hihi.. Bukan nak bangga pun jadi senior ni.. xde apa2 keistimewaan pun... cuma tak sabar nak habiskan degree ni tapi dalam masa yang sama risau nk siapkan projek paper.. kalau terfikir je pasal projek paper hati terus jadi gelisah...adehhh.. semoga dpermudahkan semuanya...
Balik kepada intensif tahun ni, banyak la impian yang tercapai iaitu impian dari tahun 1 untuk pegi Bukit Bendera.. Tahun 4 baru dapat direalisasikan..huhu.. Maybe sebab tahun ni intensif paling lama dan jadual tak pack macam tahun lepas, jadi ada masa untuk kami berjalan2.. Thanks to 'jejai' sebab menjadi 'pencapai impian' bak kata k.zura.. dan juga buat peneman 'berjimba' k.zura dan k.jaja.. k.zura ni jugak la yang berjaya mempengaruhi saya untuk tengok Arianarose.. masa kat rumah tak tengok langsung tp bila kat USM jadi ketagih lak.. maybe sebab dh nak hbs time tu..layan jugak la..=)
Tahun ni jugak kami xplore USM ni dengan berbasikal n jogging.. jogging la sangat.. sekali je kut.. dan tak lupa berfutsal.. Last main futsal masa induksi kerja dulu tahun 2008.. Lama giler.. Semangat tu penting sampai beli kasut sukan o.k..hihi..oppss.. mr hubby.. sy beli kasut sukan baru..jgn marah aaa..hihi.. Cuma satu je tak sempat nak join sebab masa dah tak mengizinkan iaitu berzumba.. zumba adalah aerobic+dance...best giler la..gelek gitew..hihi..tp semua girls only.. so tak risau tapi dapat tengok je.. dah tinggal bape hari je intensif baru tau ada zumba setiap isnin n jumaat.. cuma bayar rm7 je.. geram je masa tengok diorang berzumba.. kaki dah mula nak gerak dah cuma tahan je..haha..sabor je la..emm.. xpe la tunggu senamrobik kat opis je la...
yg ni geng basikal.. baju kaler purple tu baju 1st yg sama ktorng beli.. tapi penat o..naik beskal ni... |
Itu je la secara ringkasnya intensif tahun ni.. rasanya ni la post paling panjang kut pasal intensif ni..
Tahun ni terasa keakraban ktorang sebagai sahabat.. Ye la dah tahun 4 kut kenal tapi rasanya tahun ni saya lebih mesra ngan diorang walaupun sebenarnya major ktorng berbeza.. tahun ni sakan..siap beli baju usm sama kaler lagi.. dah lama tak rasa camni..time study dulu2 je..
"Terima kasih atas segalanya untuk persahabatan ini.. InshaaAllah doa saya supaya persahabatan ini kekal selamanya.. Terima kasih atas setiap ilmu yang dikongsikan, halalkan makan minum, maaf atas segala kesilapan, kalau ada yang terasa hati dengan saya ke saya minta maaf sebab saya manusia yang tidak sempurna n tidak lepas daripada membuat kesilapan..Saya doakan supaya kita semua dapat menghabiskan study ini dengan keputusan yang cemerlang.."
Dah tahun akhir ni sebenarnya sedih masa nak habis intensif hari tu.. Tapi rutin biasa harus diteruskan.. sekarang kan dah canggih..walaupun jauh still boleh sembang secara beramai2 lagi..hihi..
Jom tengok simple video sepanjang intensif kali ni.. nak letak gambar satu2 banyak le pulak..so buat video je..
Jom tengok simple video sepanjang intensif kali ni.. nak letak gambar satu2 banyak le pulak..so buat video je..
o.k..habis cerita..=)
No comments:
Post a Comment