Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Tuesday, March 25, 2014

Kesedihan 24 Mac 2014

Assalammualaikum

Saya pasti seluruh rakyat Malaysia terutamanya merasai kesedihan atas pengumuman PM semalam tentang MH370 yang berakhir di lautan Hindi. Semoga keluarga yang terlibat dengan MH370 diberi ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini.

Pencarian dari 8 Mac hingga 24 Mac (17 hari) akhirnya terungkai semalam. Allah Maha Mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terhadap mereka dan bagaimana keadaan mereka kini.

Selain MH370, Mahkamah di Mesir pada 24.3.2014 telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Ini merupakan kesedihan seluruh umat Islam.
 
Tragedi MH370 ini telah saya muatkan dalam jurnal refleksi bagi tugasan pjj saya.. apa yang dapat saya simpulkan Allah Maha Mengetahui Segala-galanya.. Kenapa Allah memberikan ujian2 ini kepada kita adalah untuk mengingatkan kita yang mungkin telah jauh dariNya..

"Ya Allah berikan petunjukmu kepada kami..dekatkan kami denganMu Ya Allah..Satukan hati kami seluruh umat Islam.."

video
 
video ni sebenarnya dari 8 Mac hari tu cuma x pernah post lg..

No comments:

Post a Comment