Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Tuesday, February 11, 2014

4 Hari Lagi..Bersabarlah wahai Hati

Assalammualaikum n good morning...
 
 
Dah hampir 4 minggu berintensif di usm ni.. n lagi 4 hari je lagi nak balik Ipoh...yeayyyy.. tak sabar nak balik.. Tak sabar nak balik sebab ada banyak faktor.. nak jumpa family tu confirm la kan.. tapi antara faktor lainnya adalah kerana BATUK.. dah seminggu batuk ni.. dah makan strepsils dah n ini dah masuk pek yg ke-2.. Ini 1st time sy habiskan satu pek strepsils n tambah kedua.. kalau sebelum ni satu pek tu pun x hbs n batuk ok dh.. tapi ni x ok lagi..kenapa makan strepsils?? sebab saya tak suka makan ubat..hihi.. strepsils ada rasa ubat apa..=)
 
Ada satu hari masa kat kelas nasib la duk belakang n tepi.. senang nak keluar gi toilet.. kalau tak menganggu je orang lain nak dengar apa yang lect. ajar.. Dah la terlupa bawa air n strepsils.. Tambah lak sekarang ni batuk ni buatkan sampai tak boleh tido.. semalam mata dah ngantuk pukul 2 lebih tapi tak boleh tido tambah lak nyamuk banyak semalam ngan batuk lagi..adehhh..dugaan tul..tak tau la semalam tu tertido pukul bape...3 ke 4 ntah... so x sabar nak balik sebab tak nak menganggu orang lain tak boleh tido sebab batuk ni..huhu... 
 
 

2nd pack
Semoga saya dikurniakan kesihatan yang lebih baik. sebab batuk ni membuatkan saya lagi hilang mood. O.k la untuk cerita intensif ke-4 ni inshaaAllah next post ok.. banyak benda best sepanjang di usm ni..
 
 k bai..
 

Tuesday, December 31, 2013

31 disember 2013

Assalammualaikum. . 

Hr ni 31 dis penutup tahun 2013.. n hari ni genap 3 thn saya menjadi isteri n kami masih lagi ber2.. walaupun masih ber2 saya tetap bersyukur kerana Allah telah berikn sy rezeki lain yg lebih awal:-


◆ dapat biasiswa jpa masa diploma dimn mmg sy x mengharap untuk dpt..--> ringankn beban mak n abh dan hutang ptptn kurang..=)
◆ tahun 2008 dapat tawaran kerja kini dgn hnya sekali interview after hbs study..--> ringankn beban mak n abah ( x perlu tanggung belanja sambung study)
◆ 31 dis 2010: dikurniakan jodoh
◆ 2013: dpt menambah aset dunia

Itu antara rezeki2 yg telah sy perolehi.. untuk rezeki zuriat ini sy dberi dugaan n cabaran yg harus sy harungi.. walaupun kdg2 sedih tetapi jika teringat semula rezeki2 yg telah diberikan membuat diri saya lebih bersyukur n sabar..

2014: terus berdoa, berusaha dan mengharapkn rezeki tersebut n menghabiskan study dgn jayanya inshaaAllah pertengahan tahun 2014.. doakan saya ye..=)

Semoga tahun 2014 menjadikan kita lebih baik lagi dunia n akhirat..

P/s: mr hubby x wish pun..=(

Monday, December 30, 2013

Kursus intensif usm (part 1)

Assalammualaikum
Hari nak bercerita ckit ttg kursus intensif usm.. kursus ni wajib kepada pelajar pjj usm n perlu berkampung di usm, penang lebih kurang 3 mggu cuma thn ni tempoh lbh pnjg iaitu 4 minggu.. apabila disebut ttg kursus intensif ini pelbagai perkara dibangkitkan antaranya:-
1) CUTI
Baru2 ini sy terbaca satu post di group pjj usm melalui fb yg mengatakan gov. Servant mmg suka dgn kursus intensif ini berbanding private.. komen saya:
● kenapa perlu dibandingkn antara gov servant dgn private?
Masalah stp org adlh berbeza-beza mengikut diri individu BUKAN mengikut jenis pekerjaan.
● suka..emm.. sy suka jugak sbb at least blh release tension drpd hal kerja dll.. n dpt jmpa rakan2 yg lain..
● senang.. ye betul k/tgn kerajaan mndpt kemudahan 'cuti tanpa rekod' berbanding private yg perlu mengorbankn cuti tahunan n gaji mgkin ditolak.. memang la simpati pd yg private smpai kena tolak gaji tp itu adlh kemudhn yg telah diberikn.. sama juga klu private dpt bonus 3 bulan gaji ke x pun at least sebulan gaji.. kan itu kelebihan pd private..  ya betul kami dpt cuti tanpa rekod tp saya kena siapkn semua keje dlm tgn b4 pergi usm tau.. n kelemahan pd sy adlh selepas sy tlh ambil cuti tanpa rekod ini maka dianggap sbgai sy telah mengambil cuti yg bnyak pd tahun tersebut.. kesannya saya nk cuti rehat untk hal2 peribadi perlu difirkn semula n pernah cuti kawen saya dipotong gara2 kursus intensif ni..
● kesimpulannya, semua org menghadapi mslh msg2.. paling kasihan adlh pd ibu2 yg mempunyai anak kecil n masih b/feed.. cer fikir kalau yg duk sabah sarawak tu camne.. so x perlu nk merungut.. bak kata k.elmi "pilihan dlm hidup"..
So sebelum nk pilih usm as pjj kena fikir benda ni ok..
Ok..sy sentuh pasal cuti dulu.. yg lain akan menyusul..InshaaAllah. .=)

Tuesday, December 17, 2013

::Mama2b::

Assalammualaikum.

Agak lama x meng'update'.. bz...bz ngan assignment bz ngan keje.. al maklum la seksyen baru.. byk benda kena fhm n belajar... ohh cer tgk tajuk.. ni ade yg rmai terkejut ni kang.. klu sape baca tajuk je x baca isi confirm terus wish 'tahniah'.. ye betul sy "mama to be" tp lebih tepat "mama RIS to be".. sebenarnya my bff dh pregnant uolls... alhamdulillah kan.. dh 19 mggu dh pun..n dh ckp awal2 lg klu die pregnant ank die tu jd ank angkat sy..boleh...hihi.. menumpang kasih pd ank bff... > semoga ade rezeki ini untuk sy nnt..<

To my bff, mommy 2 be, nieza.. jaga diri bebaik n bykkn berdoa ek.. ingt tau pggl i 'mama ris'.. boleh la ek.plz..plzzzzzzz..
klu sy dekat ngan die ni confirm2 akan gi teman die beli brg baby ni..haihhhh...

Ok smpai cni dulu..sedang menghitung hr nk gi intensif usm next month..I'm not ready..huhu..

-mama Ris-

31122010 vs 17052013 (Tema kaler sama okey...)

Thursday, October 24, 2013

Filem wajib tonton: Miracle in Cell no.7

Assalammualaikum

Hari ni nak ajak korang untuk tengok filem ni..."Miracle in Cell No. 7".. wajib tau..hihi.. tak da la wajib.. cuma bagus untuk ditonton.. ini filem korea.. apa yang pasti apabila anda, anda, dan anda menonton filem ini CONFIRM menangis dari MULA sampai HABIS..huhu.. Cerita dia sedih sangat n ada komedi juga.. secara ringkas filem ini menceritakan tentang hukuman kepada orang yang tidak bersalah.. Nak tahu detail kena tengok sendiri.. sebab kalau saya cerita nanti tak best lak...
 
Dapat tahu cerita ni dari ig k. fynn jamal jugak.. so minta tolong husband carikan.. mula-mula adegan "mata masuk habuk" menangis la tu maksudnya boleh lagi cover2 dari dilihat oleh mr. hubby.. tapi makin penghujung nak "teroyak" rasanya.. time ni dah tak boleh cover dah.. dah siap air hidung pun sama keluar mana nak cover nya..huhu.. cover bunyi je..hihi... tapi memang best la cerita..
 
Jadi kalau korang nak tengok cerita ni make sure siap sedia bantal, tisu/ sapu tangan.. bantal tu tujuannya untuk cover la..hihi..
 
ok.. tengok tau jangan tak tengok.. mesti tak nyesalnya...=)

Friday, October 18, 2013

secara rasmi telah bertukarrrr

Assalammualaikum..

Hari ni 18 okt. 2013 secara rasmi saya telah bertukar seksyen baru.. penat angkat barang dari tingkat atas ke tingkat bawah.. tak perlu exercise hari ni..berapa kali ulang-alik...fuhhh... peluh juga la ketiak ni..hihi.. Ye la barang 5 tahun di seksyen yang sama banyak le banding dengan orang lain yang baru2 lagi..
 
so sekarang semuanya baru la.. work station, auditi, bos n team, kerja..tandas pun baru..hihi.. kena biasa guna tandas kat bawah ni..heee... cabarannya adalah untuk memahami cara kerja baru ni macam mana... pastu kena cari lagi ilmu2 baru tentang cukai ni.. emm... mencabar tu...
 
semalam k.elmi a.k.a salah sorang "GMP" and merangkap salah seorang teammates seksyen lama yang sama masuk seksyen tu dah buat post tentang perpindahan saya ni..huhu.. sedih lak baca..  masa mula2 masuk dulu kita orang sama2 baru dalam seksyen tu..sama2 belajar...sama2 menghadapi masalah.. sama2 meluahkan perasaan kalau kena marah dengan bos...huahuahua... boleh kata semua la sama2.. nangis sesame, gelak sesame, marah pun sesame.. kena marah pun sesame...hiks.. tapi sekarang kita orang terpisah jua.. k.elmi masih stay kat seksyen tu sebab dikatakan "KP" iaitu "key person"... sian k.elmi... sementara takde bos kat seksyen tu k.elmi la jadi orang rujukannya.. takpa k.elmi... k.elmi boleh handle punye..hihi... Kat seksyen ni juga la saya belajar banyak perkara.. dari tak tahu buat kerja sampai boleh dah la sekarang walaupun masih belum perfect.. jadi sangat2 berterima kasih kepada bos, n satu teams yang banyak membantu n mengajar aye ni...

Ok smpai cni dulu...
ni gambar k.elmi ambil semalam masa tengah-tengah kemas... siap masuk ig..hihi
 
ni kat tempat lama.. sebelum pindah..org lain sekotak sy berkotak-kotak..huhu
ni tempat baru..tgk background.. ade cermin tau.. senang nak betul2 tudung camni..hihi..