Assalammualaikum..
Tajuk kita pada hari ini adalah perempuan vs. lelaki..macam nak berforum lak..hehe bukan nak gaduh cuma nak kongsi pengalaman sendiri.. perbezaan antara bos lelaki n bos perempuan.. saya baru je kena tukar seksyen.. kalau ikutkan hati memang tak nak tukar.. tapi bila fikir balik nanti2 kena jugak tukar kan.. lagi pun dah 4 tahun lebih kat seksyen lama.. Maka saya positifkan diri untuk terima 'enviroment' baru.. So seksyen baru ni saya dapat bos lelaki.. Aduhhh sangatlah berbeza karakter dengan ex-bos sy..ex-bos saya dulu perempuan.. Perbezaannya biar la saya cerita hanya dari segi kerja je ye.. yang lain2 tu xyah cite la.. Itu sikap masing2..
sumber: mr google |
So bos baru ni kerjanya agak slow sikit.. Maybe sebab jawatannya tinggi so ada banyak lagi tanggungjawab lain.. maksudnya bukan sahaja kerja hakiki tetapi lain2 kerja yang diarahkan.. Dari pemerhatian saya chewahhh.. yang penting sebenarnya adalah 'leadership' atau 'kepimpinan'. Faktor ni penting sebenarnya untuk mengetuai sesuatu team supaya kerja berjalan dengan baik. tak kira la lelaki atau perempuan bosnya tetapi kalau leadership nya tip top confirm anak buah seronok bekerja. Tapi kali ni agak 'slow' sikit kerjanya.. Bukannya apa saya duk ingat tarikh untuk 'combined' report nnt dah nak dekat.. bulan Oktober.. tapi kerja baru dalam 10-20%.. mahu x risau.. Nanti yang kena kerah last minute sape...kiteeee jugak kan.. Haiiii entah la... tunggu je la arahannya nanti..
Jangan ada yang terasa hati lak ye..ini dari segi pengalaman saya sahaja.. Apa pun sebenarnya tidak mengikut gender tetapi hati n attitude masing-masing.. So pada ketua-ketua, bos2 jadi lah bos2 yang boleh memimpin anak buah dengan baik dan jalinkan hubungan yang baik di dalam satu team.. So masing2 akan menghormati antara satu sama lain dan seronok je bila bekerja..:)
daaaaa...=)
sy setuju!!! =)
ReplyDelete