Nuffnang Ads
Nuffnang Ads
Wednesday, July 31, 2013
::ALHAMDULILLAH::
Monday, July 29, 2013
::Dalam Kenangan dan Buat TTCian::
hari ini 20 Ramadhan dan tadi jiran selang sebuah rumah meninggal.. lepas ni tiada lagi bunyi hon motor n panggilan 'nadia' setiap pagi.. Arwah pak cik ni dari kecik suka panggil nama saya n kalau ada kakak saya dia akan panggil 'boolat'.. sampai la saya dah kawen tiap2 pg klu nak pegi keje terserempak ngan dia mesti dia panggil.. Tapi itu semua tinggal kenangan sahaja.. semoga arwah ditepatkan di kalangan orang beriman..
O.k sambung cerita ke-2.. sejak 2 menjak 3 menjak ni hati ni sensitif sangat.. Tapi bila baca blog2 dr TTCian yang lain terubat sikit hati ni.. antaranya dr blog Mrs ARK .. Saya share kan disini ye..
Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat~
1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...
2) Allah Maha Baik....
3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu"
*Nota - Syukur. Cari apa yang Allah berikan pada kita.
4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!
5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam
*Nota - What you focus will expand! Lagi fokus pada takde zuriat, lagi takde zuriat.
6) Buang semua perasaan sedih
7) Berlapang dada & senyum selalu
Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?
8) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini
9) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan
10) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah
11) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu
12) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'
13) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik
14) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.
15) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.
16) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita
17) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka
18) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik
19) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin
20) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita
21) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"
22) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar
23) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan
24) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin
25) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin
26) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)
27) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))
SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!
****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~
Ramai lak yg beraya dgn baby baru raya ni..tu yg terasa ht ckit tu.. semoga sy mjadi lbh kuat.. n hanya ant TTC shj yg fham perasaan org2 mcm sy.. n really need support.. jgn la slhkn sy.. tu yg buat sy down lg..
Friday, July 26, 2013
::terima kasih::
Assalammualaikum..
Hari ni 26 julai (jumaat) selain menyambut nuzul Al-Quran hr ini juga adlh birthday sy.. happy birthday to me!!!..alhamdulillah masih dberi peluang oleh Allah dan masih memperbaiki diri agar lebih baik.. umur yg ada kini merupakan BAKI sahaja seperti kata seorg ustaz yg memberi ceramah di ofis mggu lepas.. tahun ini merupakn thn ke-2 birthday sy pd bulan ramadhan.. terima kasih pd rakan2 yg wish di fb.. walaupun fb tu yg remind tetapi setiap satu ucapan mampu memberi senyuman..=) terima kasih juga ats doa kalian.. surprise untk sy..emm xde pun.. haha.. teringin nk rasa dr ini di 'surprise'kan..berangan...=p xpe berangan tu kan percuma bak kata kak fynn jamal..hihi..
Ok smpai sini sahaja..terima kasih sekali lg..
Wednesday, July 17, 2013
::Cerita 3 dalam 1::
Kita mula dengan cerita pertama:-
![]() |
| jadi model lak..hiks |
![]() |
| nanti boleh datang lagi... |
![]() |
| buah hati maksu ke-11 |
Monday, May 27, 2013
Tercapai hajat--> sambungan cerita dari Ampang.. Doakan saya..
![]() |
| ni side dishes di.. x habis pun..huhu |
![]() |
mr hubby: americano n i caramel coffe..nk jalan jauh kan so minum kopi..
|
![]() |
| ni la bibimbap
|
![]() |
| pilih Dak Gal Bi sebab nak rasa rice cake tu.. |
![]() |
| ini Dak Gal Bi |
![]() |
Bingo!!!.. yea...dapat kupon RM1.. tp bila la nak pegi lagi agaknya..haihhh
|
![]() |
| sweet candy..sonang je buatnya.. gula perang+baking powder |
Nak tambah sikit komen.. yang bagus restoran sebab owner die.. masa makan die pegi setiap meja n tanya ok ke x.. n bila nak balik siap suruh tunggu sebab nak bagi rasa sweet candy n tunjuk permainan diorang.. Pada saya, alangkah bagusnya kalau layanan 'orang kita' sebagus mereka.. Ini sekarang customer siap kena marah lagi.. sekarang no more 'customer always right'.. di situ ada kekecewaan sedikit..=(
Tuesday, May 21, 2013
My Best Friend's Wedding
![]() |
| detik2 sebelum dan selepas bergelar isteri.. |
![]() |
| kenalan dari sekolah kini husband n wife |
![]() |
| omeiiii x ktorang..hikhik |
![]() |
Ala-ala gwiyomi le plak..hehe
|
![]() |
| we r husband & wife..:) |
![]() |
| setelah penat bekerja..keje la sangat..:p |
Monday, May 6, 2013
Selesai tanggungjawab ::PRU13::
Assalammualaikum..
Hari ni 6 mei 2013 terbentuk sudah jentera pentadbiran baru hasil undian majoriti rakyat MAlaysia.. Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia buat pertama kalinya mengundi n buat pertama kalinya timbul kesedaran tentang betapa pentingnya undian saya.. Kalau dulu memang tak hairan sangat tapi sekarang dh bekerja ni n pemikiran yang lebih matang (ecececeh...) hehe sudah tahu betapa pentingnya 1 undian itu..
Saya terima seadanya keputusan semalam.. Sanggup tunggu tp smpai kul 1 lbh je.. Salah satu sbbnya nak tggu kut2 ade pengumuman cuti..tapi bila dh kul 1 lbh tu cam xde harapan je nk dpt cuti, tido je la..mata ngantuk dh.. Nk tido awal tp hati x senang nak tau kptsn..:p Keputusan telah dibuat..apa yang diharapkan supaya pentadbiran selepas ini lebih baik dan dijalankan dgn penuh amanah.. Yg penting skali.... Di harap semua bendera, banner, poster segala tu dibersihkan segera.. Sebab sy sgt rimas dan ada yang menghalang penglihatan di jln raya terutama di simpang2... Dan ada juga yang membahayakan..
Sekian, pengalaman mengundi PRU 13, 5 Mei 2013.
Di bawah merupakan bukti pegi ngundi..hehehe n bersama adelia... Adelia pun balik sat ja.. Sbb umi die nk gi undi kat penang lak.. Jadi la lepas rindu..:)


















