Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Monday, December 3, 2012

Ceritera Kehidupan: +ve thinking

Assalammualaikum..

Hari ni nak meluahkan perasaan sikit.. tentang kehidupan.. Manusia kadang-kadang cepat melenting atas satu perkara yang sedikit je isunya.. Sedikittttt je keburukan atau kesilapan dibuat tapi melentingnya macam satu isu yang besar. Disebabkan sedikittttt je kesilapan yang dibuat, kita terus lupa siapakah dia, lupa terus kebaikan yang pernah dia buat hanya sebab sedikitttt je kesilapan.. So apa kaitan antara sedikittt je kesilapan dengan tajuk entry '+ve thinking'.. Memang ada kena mengena.. Saya bagi satu contoh senang dalam kehidupan kita..

Situasi: Kita ada temujanji dengan seorang pukul 3.00 petang

Anda telah sampai di tempat yang dijanjikan tepat pukul 3.00 ptg. Bagaimana pun, kawan anda masih lagi belum sampai dan anda masih menanti sehingga 3.15 ptg, 3.30 ptg, 3.45 ptg dan 4.00 ptg.

Persoalan: Apa yang akan ada lakukan setelah lama anda menunggu kawan anda masih belum sampai n tiada mesej/ call.. Apa yang anda fikirkan ketika ini..

Jawapan bagi persoalan diatas menentukan sama ada anda seorang yang +ve / -ve.. Jika perkara pertama yang terlintas di fikiran anda seperti "kenapa dia x sampai lagi, mungkin ada perkara penting/ sesuatu berlaku" dan anda juga akan risau... ATAU.. anda akan mula marah n akan hantar mesej "mana ni x sampai lagi..dah sejam aku tunggu.. janji je pandai"..

So which one u are.. Nilai diri anda sendiri.. Sekiranya jawapan anda yang kedua maka belajarlah untuk berfikiran positif. Kenapa ia penting... sebab ia akan memastikan KEHARMONIAN, KEDAMAIAN dan KEBAHAGIAAN...

Disebabkan itulah wujudnya peribahasa "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga".. Biasanya peribahasa ni kita guna disebabkan seorang je yang bermasalah habis semua satu kump. kena.. Tetapi ia juga sesuai apabila hanya sedikittt kesilapan/ kesalahan yang tidak disengajakan habis seluruh diri nampak buruk..

Apa kata sebelum anda ingin membenci/ marahkan seseorang cuba untuk fikirkan dahulu kebaikan2 yang telah dia lakukan.. Cuba anda rasakan selepas itu.. Adakah anda masih berterusan mahu membenci atau perasaan benci/ marah itu hilang..

Jangan suka menilai diri orang lain.. siapa kita untuk menilai orang lain sedangkan kita sendiri masih terdapat banyak kelemahan/ keburukan.. NILAI DIRI SENDIRI DAHULU... tidak semestinya anda lebih tua anda memahami semuanya tentang kehidupan..anda seorang sahaja yang betul... NOOOO ok....

Saya juga ingin sentuh sedikit tentang 'hak bersuara'.. Ye..semua orang mempunyai hak tersebut.. Bebas untuk berbicara apa pun.. Tapi saya pegang pada ini "Bercakap bila perlu".. Memang kadang2 ia ada kelemahan tetapi sekurang2nya kata2 saya tidak menyakitkan hati orang lain.. Bila banyak bercakap pastikan kata2 yang keluar dari mulut anda itu bukan kata2 kosong..

Inilah kehidupan.. ada ujian, ada dugaan... Tetapi kita mempunyai ruang dan peluang untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik.. tak kira la umur anda berapa..20..30..60.. selagi Allah memberi nyawa kepada anda selagi itu anda masih mempunyai peluang untuk berubah..

"Ku mohon padaMu Ya Allah..Berikan kesabaran dan ketabahan pada diriku dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu.. Tunjukkan aku ke jalan yang benar Ya Allah.."



2 comments: