Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Tuesday, October 30, 2012

Dunia ohh dunia...

Assalammualaikum..

1) Kadang-kadang kata-kata lebih menyakitkan daripada perbuatan

Pernah dengar kan "Kerana Mulut Badan Binasa".. kerana mulut juga hati merana n lebih tertekan...

2) I'M NOT DIET!!!!

Saya tak makan banyak tak bermaksud saya berdiet.. badan dah kurus cekeding nak diet lagi watpe.. dah badan xnak naik nak wat camne.. Pastu dah memang pesen saya ni makan sikit, cukup2 untuk perut tapi kerap.. Tak kan nak makan sampai muntah semata-mata nak ikut sama cam orang lain makan..

Sekian...

Monday, October 15, 2012

::Bersedia menerima segala kemungkinan::

Assalammualaikum..

Sekarang ni dalam proses bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku.. Kemungkinan adalah berkaitan external hard disk sy yang dah rosak..huhu.. yang penting data2 dalam tu.. bayangkanlah external hd yang dah diguna selama 3 tahun lebih tiba-tiba rosak.. dah la byk data dalam tu tak buat back up..adoiiii.. Dalam banyak2 data dalam tu tau tak yang mana saya rasa paling terkilan skali kalau hilang...Antaranya data yang ada berkaitan kerja, study, gambar dll... Tapi yang paling sayang skali adalah data2 berkaitan projek2 menjahit n resepi2 yang telah dikumpul selama 3 tahun kan.. Data kerja nasib la ada back up kat pc.. data study lak sbb baru masuk thn 3 kan.. assgt pun xde yg buat lagi cuma nota2 semua kena save balik la.. gambar2 lak nasib dah back up kat mr hubby.. tp x semua la janji gambar kawen ade..:p yang projek2 menjahit n resepi tu la camne nak kumpul blk..huhu.. so kemungkinannya sama ada boleh recover data atau tidak dan sama ada external hd tu boleh digunakan lagi atau tidak.. Pada saya cukup la kalau dapat recover data2 tu.. Kalau external hd tu rosak xpe la bleh beli lain..huhu.. Data tu lebih nilainya.. Jadi kepada pengguna2 external hd berjaga2 la ye.. Kalau dah agak lama guna tu pandai2 la buat back up.. Antara simtom2 extenal hd sy rosak bila nak buka folder tu lama sangat.. so time tu siap sedia buat back up k.. perasaan sekarang xtau nak cakap sedih ke, marah ke.. rasanya tak ada perasaan dah ni..kosong... redha je la kemungkinan yang berlaku..

saya punya kaler merah dah masuk wad i.c.u..huhu


Tuesday, September 25, 2012

::motivation #2::

Assalammualaikum..


Hari ni nak kongsi kata-kata dr post ustaz don di FB semalam.. Lepas baca ni terus tersenyum.. kata-kata ni terus memberi semangat pada diri saya.. Sememangnya la kita boleh bersabar tetapi memang adakalanya persoalan "kenapa", "bila" akan bermain dalam hati n fikiran.. Kadang-kadang kita dah cuba untuk bersabar tetapi disebabkan "suasana sekeliling" membuatkan kita kembali patah semangat.. Memang la selain sabar kita perlu berusaha tapi tak kan setiap kali kita ada usaha kita kena beritahu semua orang semata-mata untuk "diam"kan orang kan..huhu.. Kadang-kadang ada yang mengatakan "cepat-cepat dapat anak tengah muda ni"..HELLOOOOO....kalau boleh saya tentukan sendiri confirm saya nak sekarang jugak.. tapi tu cakap dalam hati je la kan.. Cer sebelum cakap tu fikir dulu "rezeki, anak, hidup, mati" tu siapa yang tentukan.. Allah kan.. Maka adalah lebih baik kalau kita cakap macam ni at least.." InsyaAllah nanti ada la tu".. kita yang dengar pun rasa tenang je pastu boleh doakan skali kan.. setiap apa yang kita cakap tu boleh jadi doakan... Tapi inilah namanya kehidupan.. macam-macam ada.. Apa pun yang berlaku kena terima.. Bebelan ni sebenarnya peringatan untuk diri saya n yang kebetulan membaca di sini.. ada ke pun ntah..hehe

o.k lah dah cukup la membebel kat sini..byeeee..

pssst..buku dah sampai, assignment dah ade..apa ke lagi..tahun 3 bermula..chaiyokkk untuk saya..=)

Wednesday, September 19, 2012

::motivation #1::

Assalammualaikum..

Kata-kata motivasi ni adalah dari Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad yang saya ambil dari FB beliau pagi tadi.. Mulai sekarang saya akan kuatkan lagi niat, gambarkan dan yakin akan impian saya.. Sebenarnya apa yang kita fikirkan akan memberi kesan kepada tindakan atau tingkah laku kita. Sekiranya impian/ matlamat kita di awang-awangan atau samar-samar maka tindakan kita juga tidak ke arah untuk mencapai impian/ matlamat tersebut. So saya perlu kuatkan lagi pemikiran untuk capai impian saya.. Apa impian saya??? Emm.. adalah...=)

Monday, September 10, 2012

::perempuan vs. lelaki::

Assalammualaikum..

Tajuk kita pada hari ini adalah perempuan vs. lelaki..macam nak berforum lak..hehe bukan nak gaduh cuma nak kongsi pengalaman sendiri.. perbezaan antara bos lelaki n bos perempuan.. saya baru je kena tukar seksyen.. kalau ikutkan hati memang tak nak tukar.. tapi bila fikir balik nanti2 kena jugak tukar kan.. lagi pun dah 4 tahun lebih kat seksyen lama.. Maka saya positifkan diri untuk terima 'enviroment' baru.. So seksyen baru ni saya dapat bos lelaki.. Aduhhh sangatlah berbeza karakter dengan ex-bos sy..ex-bos saya dulu perempuan.. Perbezaannya biar la saya cerita hanya dari segi kerja je ye.. yang lain2 tu xyah cite la.. Itu sikap masing2..

sumber: mr google
So bos baru ni kerjanya agak slow sikit.. Maybe sebab jawatannya tinggi so ada banyak lagi tanggungjawab lain.. maksudnya bukan sahaja kerja hakiki tetapi lain2 kerja yang diarahkan.. Dari pemerhatian saya chewahhh.. yang penting sebenarnya adalah 'leadership' atau 'kepimpinan'. Faktor ni penting sebenarnya untuk mengetuai sesuatu team supaya kerja berjalan dengan baik. tak kira la lelaki atau perempuan bosnya tetapi kalau leadership nya tip top confirm anak buah seronok bekerja. Tapi kali ni agak 'slow' sikit kerjanya.. Bukannya apa saya duk ingat tarikh untuk 'combined' report nnt dah nak dekat.. bulan Oktober.. tapi kerja baru dalam 10-20%.. mahu x risau.. Nanti yang kena kerah last minute sape...kiteeee jugak kan.. Haiiii entah la... tunggu je la arahannya nanti..

Jangan ada yang terasa hati lak ye..ini dari segi pengalaman saya sahaja.. Apa pun sebenarnya tidak mengikut gender tetapi hati n attitude masing-masing.. So pada ketua-ketua, bos2 jadi lah bos2 yang boleh memimpin anak buah dengan baik dan jalinkan hubungan yang baik di dalam satu team.. So masing2 akan menghormati antara satu sama lain dan seronok je bila bekerja..:)

daaaaa...=)

Wednesday, September 5, 2012

:saya nak TEFAL:jom join GA

Assalammualaikum..

Ada sesiapa nk tefal tak..angkat keyboard..hehe.. kalau nak tefal boleh lah join GA dengan melawat blog kak umiyumi.. Kak umiyumi ni banyak kali dah buat GA ni..yg ni yang ke-8.. tapi ni baru saya berkesempatan nak join.. sebelum ni duk tengok je sebab tak sempat.. huhu.. Kalau dapat periuk tefal ni boleh la menambah koleksi yang ke-3 tefal kat rumah.. yee baru ada dua je.. Ye la baru nak berjinak-jinak diri ngan dapur n periuk tefal ni.. Itu pun koleksi pertama tefal yang ada tu hasil jasa baik akak ofis ni yang sanggup beli kat Langkawi bawa ke Ipoh..hehe.. Yang dua tu pun satu periuk panggang satu lagi senduk tefal.. Haa.. kalau ada rezeki dapat hadiah GA ni bertambah le periuk tefal saya.. hehe.. Kakak2 GMP moh le kita join GA ni.. GMP ni siapa?? tunggu entry seterusnya la.. tapi kakak2 GMP ni pun memang pengumpul dan pengguna tefal... so, apalagi jom join GA..

klik je gambar untuk join..
copy link ni untuk join GA pun bleh-->  http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

daaaa...=)