Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Wednesday, December 31, 2014

31 DIS 2014 ::4 TAHUN SUDAH::

Assalammualaikum..
 
"Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan sebelumnya.. Semoga dberi ketabahan kepada mereka yang sedang diuji oleh Allah.. Semoga semua urusan menyalurkan bantuan dipermudahkan oleh Allah.." amin..

Itu sahaja bantuan yang semua orang boleh sumbangkan kepada mereka yang diuji..
 
31 Dis..bertemu lagi kita..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang terbaik.. Alhamdulillah juga kerana telah cukup 4 tahun usia perkahwinan with mr hubby.. walaupun masih berdua saya tetap bersyukur kerana itu yang akan meningkatkan tahap redha atas ketentuanNya..


klu annivesarry mesti la letak gambo kawen..hihi
Tiada apa sangat untuk dikongsikan cuma perjalanan saya sepanjang tahun 2014 ini.. Most of time saya tahun ini lebih ditumpukan untuk menamatkan pengajian di USM bagi tahun ke-4.. Alhamdulillah 9 Nov 2014 saya dan rakan PJJ USM batch 2010/2011 yang lain telah dianugerahkan ijazah.. Syukur kerana berjaya juga menghabiskan selama 4 tahun secara PJJ.. Sememangnya bukan senang untuk mencapai kejayaan tersebut kerana belajar secara PJJ ini banyak cabarannya.. Pernah terlintas untuk berhenti di tengah jalan.. Maka emosi perlu dikawal, motivasi diri perlu dipertingkatkan dan semestinya dengan ketentuan dr Allah... Sehingga kini masih teringat moments ketika konvo.. puas hati sebab itu antara salah satu tujuannya..hihi..

before konvo..
After 4 years...

 
moment nk lompat..melompat lebih tinggi... tp kesian kat org belakang..hihi..=)
 

Saya kongsikan antara yang saya masih ingat pesanan pensyarah subjek Analisis Ekonomi Islam untuk peringatan sendiri:-
 
"Percaya pada gerak hati.. Kalau sesuatu itu tidak benar/ buruk maka hati kita akan berdebar-debar tetapi jika sesuatu perkara/ tindakan itu betul maka hati kita akan tenang"..
 
 
Lebih kurang camtu la maksudnya.. Selepas dapat pesanan ini saya fikir dan imbas kembali beberapa peristiwa/keputusan yang lalu.. dan saya cuba untuk 'test' keputusan saya berdasarkan hati.. hmm.. memang betul.. ada sekali tu sy was2 sama ada nak buat/ tak perkara tersebut (suatu perkara baik...) selagi saya tak buat hati saya tak tenang sebab asyik terfikir pasal hal tersebut..then, sy ambil keputusan untuk ambil tindakan...lepas tu..memang hati sy tenang n x fikir dh psl hal tersebut.. so its true.. KECUALI pada tindakan yang telah menjadi kebiasaan mungkin sukar untuk dikenal pasti..huhu.. (sorry..terpaksa rahsiakan 'hal' tersebut)

Cerita tentang PJJ USM sepanjang tahun 2014boleh tengok kat link di bawah..:-
 

Cerita PJJ USM bagi tahun sebelumnya boleh klik je kat label USM ek.. nmpk x kemalasan owner..huhu..
 

USM Dihati..hiks
Tahun 2014 juga memberi kesan kepada saya apabila sy accident pada 14 Ogos 2014 (18 Syawal 1435H).. Kemalangan masa petang balik kerja yang pada hari tersebut ada majlis hari raya di ofis.. mesti la ingat sebab masa kat ofis bukan main giler ber'monopod'..haaa..time balik dummmm... Tapi apa pun syukur sangat sebab saya xde apa2 cuma kereta je.. dan dari kejadian ini juga merapatkan lagi silaturrahim dengan jiran.. Rentetan dari peristiwa ini, sehingga kini terasa kesannya..huhu.. Keyakinan saya untuk drive memang menurun..sangat takut n nervous terutama bila ade simpang.. selalu terfikir kalau2 kete lain x nampak kete saya..sebab itu adalah punca sy accident hr tu.. atas kesalahan orang lain.. Tapi masih kena kuatkan semangat untuk bawa kereta..short distance boleh la.. kalau jauh2 tu, dahulukan kalau ada orang lain yang boleh bawa..memang terasa beza cara sy drive before accident n selepas accident.. Apa pun ia adalah pengalaman dan semoga lepas ini dilindungi dari perkara yang tidak diingini oleh Allah..Amin..

teleng2 kepala nk ber'monopod sgt kan..
 
Pd 22 Jun 2014, bermula kehidupan baru sy n mr hubby apabila ktorang duduk rmh sendiri.. sedih sebenarnya.. emm... tp tu la.. kehidupan mesti diteruskan.. Mulakan kehidupan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit membeli kelengkapan rumah..al-maklum la duk rmh mak sebelum ni xde beli perabot apa pun.. sampai sekarang Alhamdulillah banyak yang dh ada..tak pe la..pelan2 kayuh.. cuma jgn letak harapan yg tinggi tuk diri sendiri sbb takut nnt diri sendiri gak yg merana kalau x dpt kan..huhu... Kalau ikutkan smpai sekarang banyak lagi check list nya..cuma kena ikut tahap keutamaan n kepentingan..sbb bajet terhad..=)
 
tunjuk meja mkn je..tp part ni x siap lg..kan nk buat banquette style..
ni antara jiran2..havoc tau diorg ni..=)

Itu je la kut cerita sepanjang 2014 ni yang mana memberi kesan yang kuat kepada diri ini.. sorry la kalau ayat kat atas macam ayat karangan..hihi.. Supaya hari mendatang sy menjadi insan yang lebih baik.. sememangnya masih banyak kekurangan pada diri ini.. tq to mr hubby sebab 'redha' terima diri ini..huhu.. Untuk tahun 2015 ini, selain membuat azam (kalau ada la..) apa kata kita muhasabah diri seketika atas apa yang telah kita lalui sepanjang 2014 untuk kita tingkatkan lagi tahap kesyukuran dan memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.. inshaaAllah.=)

Hari ni 31.12.2014 dapat lagi satu perkhabaran untuk januari 2015..huhu..nebes2... semoga dpermudahkan semuanya..=)
 

No comments:

Post a Comment